Aku sekali lagi menyaksikan peralihan kuasa peringkat tertinggi negara buat kali kedua sepanjang hidupku.
Pak Lah, walaupun kepimpinannya dipertikaikan malah dikatakan sebagai lemah, tetapi aku secara peribadi melihatnya sebagai "seseorang".
Peralihan kuasa juga berlaku dalam lingkunganku di mana aku turut punya partisipasi dalam menentukan pemimpin yang bakal meneraju batch keenam Kuliyyah Farmasi UIAM.
Tidak kisah siapa yang bakal menggantikan nakhoda-nakhoda lama yang sudah meletakkan pejalanan kami pada satu tahap yang cukup baik, namun sebagai seorang pengundi, ada dua elemen yang kuharap ada pada mereka yang bakal dipilih:
1. Watak pemersatu
- sedaya upaya menyatukan setiap orang dan cuba melibatkan semua orang yang berada dalam lingkungan dengan harapan tiada siapa yang menjadi golongan "pinggiran".
2. Menggerakkan idea
- memobilisi potensi diri setiap ahli dalam mencapai agenda yang telah dipersetujui.
p/s: Doa dan harapan buat negara tercinta. Doa dan harapan juga kepada teman-teman dan diri sendiri.
2 comments:
perhati dan nilai. satu ciri hg yg bagus.
"Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri"
aku dok pk2 apalah maksud rangkap ni?
jom fikir sama-sama rangkap tu. hehe
Post a Comment