Menulis atau lebih tepatnya berblog ini adalah salah satu medium untuk aku terus menggerakkan salah satu potensi diri yang perlu dihargai, keupayaan untuk berfikir.
Nikmat tuhan yang satu ini perlu disyukuri dan digunakan sebagainya.
Ketagihan menulis dan melontarkan idea dalam blog ini merupakan kesinambungan aktiviti pasca membaca sesuatu bahan ataupun ulasan terhadap sesuatu perkara yang berlaku dalam lingkungan atau pun yang berada dalam luar lingkungan diri.
Moga blog ini membicarakan idea meskipun menjadi wartawan yang melaporkan peristiwa itu lebih mudah. Ah, orang biasa hanya bisa bicara apa yang berlaku tatkala manusia hebat sering untuk mendiskusikan idea.
Harus diingat kita punya sudut pandang yang berbeza dan setiap yang aku tulis ini merupakan darjah mana yang aku lihat tanpa menyatakan segalanya itu betul.
Aku mungkin betul, tetapi tidak aku nafikan, aku juga mungkin salah.
Menulislah, biar dunia tahu siapa kamu.
No comments:
Post a Comment