Diam bukannya bermaksud tidak ambil tahu.
Kadang-kadang kita disalahertikan oleh orang lain apabila tidak menampilkan reaksi terhadap sesuatu perkara yang timbul.
Sebetulnya, ada perkara yang menuntut untuk diadakan tindakan dan ada perkara yang sekadar muncul sebagai polemik hangat walhal hanya membuang masa dan tenaga apabila dibincangkan.
Mendepani pelbagai keadaan dan isu, kita harus selektif untuk bertindak kerana masa yang ada sememangnya tidak cukup untuk segala perkara.
Diam apabila perlu, bertindak juga apabila perlu.
No comments:
Post a Comment