v

Thursday, April 30, 2009

Ceritera 90

Berada di rumah kali ini, aku sempat membelek-belek dan membaca secara "tebuk" dua buah buku yang sudah lama dibeli dahulu:

(1) The World is Flat tulisan Thomas L. Friedman

(2) Ke Mana Dengan Islam - 22 Artikel Pilihan Syed Hussein Al-Attas

Dan aku berasa cukup senang hati apabila membaca petikan ini dalam tulisan Syed Hussein Al-Attas ini:

Semangat berfikir ini (dalam bahasa Inggeris: sprit of inquiry), adalah punca daripada kemajuan sains dan perancangan masyarakat. Inilah yang perlu digalakkan di sekolah-sekolah dan universiti-universiti kita. Bukan berlumba-lumba bersaingan untuk mendapat gred A, melalui proses pembelajaran menghafal.

Cukuplah dengan kelulusan dapat masuk universiti. Yang penting setelah itu kita belajar sekuat-kuatnya dan menghidupkan semangat berfikir dan membaca tanpa mengukur harga diri kita dengan gred peperiksaan. Saya tidak menafikan perlunya kelulusan yang memuaskan untuk meneruskan pelajaran, tetapi bukanlah untuk berbangga-bangga dapat gred ini atau itu, dan memandang rendah mereka yang dapat gred di bawahnya. Kebolehan seseorang setelah keluar dari kampus ke dunia penghidupan tidak ditentukan grednya. Saya sebut masalah ini secara sambilan sebagai contoh kurangnya pemikiran dalam hal ini. Banyak lagi segi pendidikan kita yang perlu difikirkan.


P/s: Esok, aku akan pulang ke Kuantan kembali. Waktu berjeda sudah tamat, kini waktu untuk bekerja.

No comments: