Monday, April 20, 2009
Ceritera 79
Pertama kali mengenali kewujudan ilmuwan ini apabila aku membaca buku yang bertajuk MANIFESTO: Intisari dan Rahsia dalam pemikiran dan pengalaman Islami.
Dalam timbunan makalah-makalah yang berat-berat dan menuntut kepada keperluan untuk berguru, kutemui tulisannya yang tidak begitu sukar untuk difahami.
Semenjak itu, nama Osman Bakar terus melekat dalam hati.
Tahun pertama di UIAM Kuantan, aku berkesempatan menyertai sebuah program yang digerakkan oleh kebanyakkannya merupakan jawatankuasa Volunteer Team (VT).
Program yang keseluruhannya berpaksikan pemikiran pembaharuan (tajdid) pada penghujungnya menerima kehadiran tetamu istimewa.
Beliau tidak lain dan tidak bukan ialah Prof. Emeritus Dato Dr. Osman Bakar.
Dato' Fauzi Abdul Rahman (kini Ketua Perhubungan Parti Keadilan Rakyat Pahang) yang ada hubungan dengan beberapa orang AJK VT telah membawa temannya itu pada majls penutup program tersebut.
Pada waktu itu Dato' Fauzi merupakan pengerusi Perkim Kuantan dan beliau telah membawa Prof. Osman Bakar ke Kuantan untuk bersama-sama dalam sebuah program Perkim bersama-sama saudara baru.
Dengan kesempatan yang ada, aku sempat bertanya hubungan Prof. Osman Bakar dengan Syed Muhammad Naquib Al-Attas, Ismail Raji' Al-Faruqi dan Seyyed Hossein Nasr.
Alhamdulillah, jawapan beliau itu amat-amat memuaskan hatiku kerana gaya penyampaiannya yang cukup menambat. Tidak hairanlah, beliau menerima anugerah pensyarah terbaik di Istac (sama taraf dengan Prof Jalal).
Bersama ulama' dan ilmuwan memberikan nikmat yang tersendiri kepadaku. Dan nikmat inilah yang agak-agak sukar aku dapati sekarang ini.
p/s: Dulu UIAM Kuantan memiliki Prof. Omar Hassan Kasule yang merupakan antara penggerak-penggerak dari International Institute of Islamic Thought (IIIT) yang memobilisikan Islamisasi Ilmu terutamanya dalam bidang perubatan, kini siapakah yang masih ada asprasi ini di sini.
Sedikit mengenai mazhab falsafah Prof. Osman Bakar di sini
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment