v

Thursday, December 31, 2009

ALLAH




Mahkamah Putuskan Majalah Katolik Herald Boleh Guna Perkataan 'Allah'


KUALA LUMPUR, 31 Dis (Bernama) -- Majalah mingguan Katolik, Herald, boleh menggunakan perkataan "Allah" dalam penerbitannya, Mahkamah Tinggi di sini memutuskan pada Khamis.

Mahkamah itu membuat keputusan bahawa setiap orang mempunyai hak berperlembagaan untuk menggunakan perkataan "Allah".

Dalam keputusannya, Hakim Datuk Lau Bee Lan menegaskan bahawa Kementerian Dalam Negeri telah bertindak secara salah ketika mengenakan larangan penggunaan perkataan "Allah" dalam penerbitan mingguan itu.

Sumber: BERNAMA

Monday, December 28, 2009

Ceritera 295



Ini gambar kawan-kawan aku di Izzuddin. Dari kiri, Azwan (Bobby), Syariful Amri, Faiz dan Sabri (Co'e). Gambar ini diambil semasa kami mengadakan lawatan ke Langkawi, ganjaran kemenangan perbarisan Hari Kebangsaan peringkat Negeri Perak tahun 2002.

Tahun itu, kami menang perbarisan terbaik dan kostum terbaik, satu rekod yang menyebabkan kami menjadi lagenda sekolah. Jumlah keseluruhan hadiah yang kami perolehi ialah sebanyak RM 10 000, RM 5000 untuk perbarisan terbaik dan RM 5000 lagi untuk pakaian terbaik. Jadi daripada RM 10 000 yang diperolehi itu, pihak sekolah gunakan untuk membawa bercuti kami ke Langkawi selain hadiah-hadiah lain seperti memberi baju Raihan dan wang saku mencecah RM 200 setiap seorang yang diagihkan kepada seluruh ahli kontijen kawad seramai 65 orang itu.

Gambar ini ada signfikasi tersendiri. Sebab apa? Sebab gambar ini mampu membawa aku mengingati kembali Bobby dan Syariful. Mengenang kembali saat-saat indah bersama Bobby dan Syariful yang sudah tiada...meninggal dunia pada usia yang boleh dikira muda akibat nahas di jalan raya.

Syariful, aku kenali ketika berada di tingkatan dua. Dia salah seorang pelajar sekolah agama rakyat yang bernasib baik untuk masuk Izzuddin ketika itu. Berbanding sekolah agama rakyat, sekolah agama milik kerajaan negeri tentulah lebih baik dan banyak kemudahannya walaupun tidaklah selengkap sekolah-sekolah milik kerajaan persekutuan.

Bukan sedikit yang menyimpan hasrat untuk memasuki sekolah agama ini. Ada ibu bapa yang terpaksa menggunakan kabel untuk memasukkan anak-anak mereka ke sekolah yang didirikan dua tahun selepas kemerdekaan tanah air ini. Mungkin kerana jasanya terutama kepada penduduk negeri Perak, ramai yang berharap untuk belajar di sini. Dan Syariful kerana prestasinya yang cemerlang di sekolah lamanya diterima masuk belajar bersama-sama kami yang sudah setahun berada di situ sejak tahun 1999.

Personaliti ini mula kukenali peribadinya bila dia masuk ke dalam bilikku (rumah hijau) saat mula mendaftarkan diri ke sekolah berasrama padat (SBP) ini. Kerana susuk badannya yang berisi, dia menjadi tunjang kepadarumah sukan kami dalam acara tarik tali (satu-satunya acara yang aku dan kawan-kawan sebilik agak kompeten walaupun seringkali tewas di final kepada rumah biru) selain menjadi harapan dalam acara rejam lembing (seumur hidupku di Izzuddin, tidak pernah lembing yang kurejam tercacak di atas tanah) ketika Hari Sukan.

Perjuangannya yang dimulakan ketika berada di tingkatan dua diakhiri dengan mengambil SPM bersama-sama kami. Masih indah di dalam memori, ketika musim peperiksaan besar itu, waktu siangnya kami bertungkus-lumus menjawab soalan SPM di Dewan Besar Tan Sri Ghazali Jawi manakala malamnya pula kami sama-sama mendirikan solat sunat Tarawih di Musolla Al-Azzam. Ramadhan yang terindah dalam hidupku, dan yang paling baik yang pernah kurasakan. Terasa berkatnya menghadapi saat-saat genting di dalam bulan yang mulia itu.

Aku, sebelum sempat menerima keputusan SPM diterima menjejaki bumi Darul Qur'an, menimba ilmu dan mencari pengalaman buat bekalan hidup. Syariful pula usai SPM pulang ke kampung halamannya di Ayer Tawar, berhampiran bandar Manjung. Suatu pagi di Darul Qur'an, hari-hari biasa yang menyaksikan aku terkial-kial memperdengarkan bacaan Al-Qur'an pada Ustaz Najhan, Afif Husman mengkhabarkan musibah yang menimpa Syariful. Aku berada di perkarangan Masjid DQ yang indah bila Afif memberitahu sahabat kami ini ditimpa malangan ketika menunggang motorsikal berhampiran dengan rumahnya.

Tiada apa yang dapat kulakukan waktu itu, sekadar mengucapkan Inna LILLAHI wa inna ilaiHI rajiu'un; mahu memberi penghormatan terakhir aku berada di Kuala Kubu Bharu. Hanya doa yang dapat kutitip mengharapkan ALLAH menempatkan dirinya bersama-sama para solehin yang lain. Khabarnya, ramai rakan-rakanku yang lain pergi melawat jenazahnya di rumah dan pihak sekolah ada menghantar satu bas berisi pelajar-pelajar Izzuddin ke sana untuk bersama-sama mendirikan solat jenazah.

Begitulah sifat ajal yang tidak mengenal usia, tatkala temanku ini bersiap-siap untuk melanjutkan pelajarannya, Tuhan sudah memanggil pulang. Memang tidak pernah terbayang dalam kepala dia akan pergi menghadap Tuhan dalam umur yang semuda 18 tahun hatta keputusan SPM yang dinantikan-nantikannya selepas bersusah payah berusaha menuntut ilmu pun tidak diketahuinya gara-gara kecelakaan di jalan raya...

Azwan atau Bobby, nama timangan di kalangan rakan-rakan pula kukenali lebih awal daripada Syariful. Dia antara orang yang paling mula kukenali ketika menjejakkan kaki di Izzuddin selain kawan-kawan sekolah rendahku yang memilih Izzuddin sebagai tempat melanjutkan pelajaran seperti Darul dan Fikri. Aku masih ingat kain cadar putih yang tercatat nama dan tempat asalnya, Kampung Perlop.

Antara kelebihannya dia suka dan pandai bercerita, dan aku salah seorang yang paling suka melayannya bercerita. Dengan kepekatan loghat Perak yang dituturnya, aku selesa tinggal bersamanya di dalam bilik hijau. Seperti Syariful, dia juga antara ahli-ahli pasukan tarik tali rumah kami. Selain itu, kerana kemerduan suaranya, dia juga menganggotai kumpulan nasyid sekolah, Soutul Faizin. Selain giat bernasyid, dia juga menjadi murid Ustaz Azmi, kini pensyarah di KISDAR, menuntut ilmu Silat Gayung Langkah Empat.

Di sebalik matanya yang sayu, tidak siapa menyangka dia akan pergi meninggalkan kami dalam usia remaja. Melalui kawan-kawan, aku mendapat berita dia ingin membuka bengkel, berdikari mencari rezeki di bumi ini. Namun, sebelum sempat cita-citanya direalisasikan, ALLAH terlebih dahulu menjemputnya. Dia meninggal dunia bersama kakaknya yang mengorbankan sehari sebelum hari jadiku ke-23.

Itulah kuasa Tuhan; ajal, jodoh dan rezeki semuanya milikNYA. Kita yang hidup di dunia ini pun tidak tahu bila kita akan dipanggil menghadapNYA. Rasa masih belum bersedia mengenangkan amal yang mencukupi berbanding dosa-dosa yang dilakukan. Takut dan gentar diri ini apabila memikirkan nasib diri ketika hendak berdepan Sang Pencipta. Tapi entahlah, memang nama pun manusia, selalu sahaja diri ini alpa dan lalai....ALLAH....

P/s: Berita kemalangan yang mengorbankan Bobby dan kakaknya di Utusan dan The Star


Tiga termasuk dua beradik maut

IPOH 2 Mei - Tiga termasuk dua beradik terbunuh dalam kemalangan ngeri membabitkan dua buah kenderaan di Kilometer 80.5, Jalan Ipoh-Kuala Lumpur di Tapah dekat sini awal pagi semalam.

Tiga lagi mangsa turut cedera parah dalam Kemalangan yang berlaku pukul 1.30 pagi itu.

Mereka kini dirawat di Hospital Tapah, Hospital Teluk Intan dan Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh.

Mangsa yang terbunuh dalam kemalangan itu ialah Ahmad Azuan Mohamed, 24, dan kakaknya, Nurul Huda Mohamed, 27, serta penumpang sebuah lagi kereta, D. Sengodan, 32.

Ketiga-tiga mereka meninggal dunia di tempat kejadian akibat tersepit dalam kenderaan masing-masing selain mengalami kecederaan parah di kepala dan badan.

Tiga lagi mangsa yang terlibat dalam kemalangan itu ialah kakak kepada Nurul Huda dan Ahmad Azuan iaitu Suriati Mohamed, 31, yang dipercayai pemandu kenderaan Proton Iswara yang dinaiki tiga beradik itu.

Dua lagi ialah pemandu kereta Proton Perdana V6 yang dinaiki oleh Sengodan, Mohamed Rahim Mohamed, 31, dari Kuantan, Pahang manakala Siti Hajariah Mohamed, 27, berasal dari Tumpat, Kelantan.

Ketua Polis Daerah Tapah, Supritendan Roslan Bek Ahmad berkata, kejadian berlaku semasa Ahmad Azuan bersama dua kakaknya yang berasal dari Sungkai dekat sini dalam perjalanan ke Tapah.

"Sebaik sahaja tiba di tempat kejadian, kereta yang dinaiki tiga beradik itu dikatakan bertembung dengan kereta yang dipandu oleh Mohamed Rahim yang datang dari arah bertentangan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Roslan berkata, pertembungan tersebut menyebabkan kedua-dua kereta itu remuk teruk dan pasukan bomba dan penyelamat mengambil masa 45 minit untuk mengeluarkan mangsa-mangsa yang tersepit.

Beliau berkata, punca sebenar kejadian bagaimanapun masih disiasat kerana tiada saksi melihat kemalangan berlaku.

Tambahnya, mayat ketiga-tiga mangsa dihantar ke Hospital Tapah untuk bedah siasat dan sudah dituntut oleh keluarga masing-masing untuk dikebumikan semalam.

"Mangsa yang cedera iaitu Suriati kini dirawat di Hospital Teluk Intan, Siti Hajariah pula di Hospital Tapah manakala Mohamed Rahim dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh untuk rawatan lanjut," katanya.
Sehubungan itu, Roslan meminta orang ramai yang menyaksikan kemalangan itu supaya menghubungi Cawangan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Tapah di talian 05-4011222 bagi membantu siasatan.

Sumber: Utusan Online


Three people dead in accident near Sungkai

TAPAH: Three people were killed and three others were seriously injured in a predawn accident involving two cars at Km 80.5 Jalan Ipoh - Kuala Lumpur near Sungkai yesterday.

Tapah police chief Supt Roslan Bek Ahmad said those killed were the driver of the first car Ahmad Azuan Mohamed, 23, his sister Nurul Huda, 27, and D. Sengodan, 32, a passenger of the other car.

The injured are Suriati Mohamed, 31, who is the elder sister to Nurul Huda, the driver of the other car Mohamad Rahim Mohamed, 31, and his passenger Siti Hajariah Mohamed, 26. Both Mohamad Rahim and Siti Hajariah are from Kuantan.

Ahmad Azuan, Nuru Huda and Sengodan - all of whom are from Sungkai - died at the scene of serious bodily injuries. Their bodies had been sent to the Tapah Hospital. Siti Hajariah was admitted to the Teluk Intan Hospital and Mohamad Rahim at the Ipoh Hospital.

Roslan said the Proton Perdana driven by Mohamad Rahim carrying D.Sengodan and Siti Hajariah was on its way from Tapah to Sungkai when it collided with Ahmad Azuan's Proton Iswara, which was coming in the opposite direction, at 1.30am. - Bernama

Sumber: Laman web The Star

Sunday, December 27, 2009

Ceritera 294



Gambar di atas kuambil sewaktu bercuti di rumah. Cadangnya mahu tangkap gambar di seluruh pekan Tanjung Rambutan. Tetapi, biasalah, tiba-tiba sahaja fikiranku berubah. Cukup satu gambar ini sahaja yang ditangkap.

Pekan Tanjung Rambutan terletak di antara pekan Tambun dan Chemor. Pekan ini mempunyai balai polis dan masjid yang terletak di tepi Sungai Kinta, sebuah kuil Hindu dan sebuah rumah ibadat bagi penganut agama Sikh, pasar, kedai-kedai dan sebagainya. Kiranya, pekan ini lengkaplah untuk memenuhi keperluan hidup penduduk sekitar. Malah National Stud Farm iaitu ladang(?) kuda pun ada di pekan ini.

Tapi apa yang membuatkan pekan ini terkenal serata Malaysia ialah kerana kewujudan institusi kesihatan ini. Al-maklumlah, di Malaysia hanya ada dua tempat yang menempatkan institusi ini; satu di Tampoi, Johor, dan satu lagi di Tanjung Rambutan.

Aku teringat ketika aku berada di darjah enam, mewakili sekolah dalam pertandingan hafazan, bila diumumkan pemenang suatu pertandingan itu datang dari SK Tanjung Rambutan, ada peserta yang ketawa terbahak-bahak. Begitulah stigma orang awam, apabila disebut sahaja Tanjung Rambutan, automatik teringat orang gila. Hatta mungkin ada juga yang berprasangka, semua yang tinggal di Tanjung Rambutan orang gila.

Bila minggu ini aku belajar tentang penyakit mental, aku rasa sedikit sebanyak mungkin boleh terjawab persoalan hospital bahagia yang sering kulihat dari jauh tanpa dapat memahami dan mengetahui penghuni-penghuninya. Sekurang-kurangnya bila sedikit sebanyak aku belajar tentang kemurungan, schizophrenia, sedikit sebanyak stigma yang ada dalam benak ini boleh dibuang.


Harap-harap juga bila sudah mula belajar memahami penyakit-penyakit ini muncullah rasa empati yang akan menggantikan segala persepsi buruk terhadap penyakit mental dan penghidapnya. Kena semat dalam hati, hari ini mungkin orang lain yang menghidapnya, tetapi masa depan siapa yang tahu? Mohon ALLAH menjauhkan kita, ahli keluarga dan sahabat-sahabat dijauhkan daripada ujian-ujian sebegini...

Wednesday, December 23, 2009

Ceritera 293


Badiuzzaman Said Nursi merupakan penyelamat akidah umat Islam di Turki bila sahaja Mustafa Kamal Attarturk menghapuskan sistem Khilafah Ustmaniyyah pada tahun 1922. Agenda sekularisasi yang dibawa Attarturk menyebabkan sinar Islam yang menerangi Turki mula terancam.

Demi apa yang dinamakan sebagai kemajuan, peniruan bulat-bulat terhadap gaya hidup Barat yang digerakkan oleh Attarturk mula mengganggu-gugat pengamalan Islam yang telah sebati dengan penduduk Turki. Sebagai contoh, pertukaran azan ke dalam Bahasa Turki merupakan salah satu tindakannya untuk mengasingkan Turki daripada dunia Arab yang menjadi tempat lahirnya risalah Nubuwwah Nabi Muhammad S.A.W.

Mujur sahaja ketika gerakan penghapusan identiti Islam yang dilakukan oleh Attarturk itu kedapatan benteng-benteng penyelamat yang tidak terus membiarkan umat Islam Turki terpesong daripada ajaran Islam yang sebenar. Antara yang memainkan peranan ketika itu ialah ahli-ahli Tarekat Naqsyabandiyyah dan tentu sahaja Badiuzzaman Said Nursi. Nursi sendiri merupakan salah seorang pengikut tarekat ini.

Nursi lewat himpunan tulisannya yang berpengaruh, Risale-i-Nur menjadi inspirasi kepada orang Islam Turki untuk terus mempertahankan akidah mereka. Tulisan-tulisannya yang mana ada yang ditulis ketika beliau dipenjara disebarkan oleh anak-anak muridnya dan pengikut-pengikutnya ke seluruh Turki. Apa yang mengkagumkan ialah, Risale-i-Nur yang merupakan komentar kepada Al-Qur'an dituliskan berdasarkan ingatannya sahaja tanpa membuka kitab-kitab yang lain untuk dijadikan sebagai rujukan. Banyak lagi keajaiban yang ALLAH kurniakan kepada Nursi ketika menulis karya besarnya ini.

Berbanding Ikhwanul Muslimin dan Jamaat al-Islami, pengaruh Nursi kepada gerakan Islam di Malaysia ini agak minima. Agak jarang didapati, gerakan Islam di Malaysia memakai Risale-i-Nur sebagai teks usrah berbanding karya-karya tokoh-tokoh Ikhwanul Muslimin seperti Mustafa Masyur dan Sayyid Qutb. Hal ini mungkin boleh difahami kerana kebanyakkan orang agamawan di Malaysia menjadikan Universiti Al-Azhar sebagai pilihan mereka untuk mendalami. Kehadiran mereka ke Mesir menyebabkan mereka lebih akrab dengan agenda dan sistem Ikhwan berbanding dengan methodologi yang digunakan Nursi.

Dikatakan pengikut-pengikut Nursi kini terbahagi kepada tiga gerakan sekarang ini. Salah satu gerakan yang dikatakan lahir daripada rahim ajaran Nursi ialah gerakan yang dipimpin oleh Fethullah Gulen. Gerakan kedua ialah Sozler. Sozler banyak menterjemahkan Risale-i-Nur kepada Bahasa Inggeris. Koleksi Risale-i-Nur yang kumiliki sekarang merupakan hasil usaha Sozler. Gerakan ketiga ialah Hayrat Foundation. Dikatakan Hayrat Foundation merupakan gerakan yang paling tradisional dan masih mengekalkan beberapa amalan pengikut-pengikut awal Nursi.

Semua info di atas kudapati daripada pimpinan PKPIM, Faisal dan Hanif ketika bersama-sama pergi menghadiri usrah pengikut Hayrat Foundation di Malaysia. Kata mereka, info ini mereka perolehi daripada Encik Azam, mantan Presiden ABIM. Kedatangan beberapa orang ahli Hayrat Foundation ke Malaysia merupakan sahutan mereka terhadap ajakan Encik Azam untuk datang berdakwah di Malaysia. Antara usaha yang mereka rancang ialah untuk menterjemahkan Risale-i-Nur ke dalam Bahasa Melayu. Khabarnya, kata-kata aluan untuk penerbitan mereka sedang ditulis oleh Ustaz Siddiq Fadhil, Presiden Wadah Pencerdasan Umat.

Usaha-usaha yang dilakukan oleh ahli-ahli Hayrat Foundation ini perlulah dicontohi dan dipuji. Marilah kita mengambil manfaat daripada pengalaman seluruh gerakan-gerakan Islam dari seluruh belahan dunia Islam dan menyesuaikan dengan waqi' atau keadaan negara ini agar sinar Islam akan kembali gemilang menyinari negara yang kita sama-sama cintai ini.

Tuesday, December 22, 2009

Ceritera 292

Malam tadi, aku menghadiri mesyuarat pertama projek buku IPHA. Untuk permulaan, projek ini dinamakan Fiqh Pharmacy.

Berat projek ini. Melihatkan namanya sudah membuatkan orang tidak berani dan berminat(mungkin?) untuk menyertainya. Buktinya, hanya Din dan aku daripada pelajar tahun tiga, Muzani dan Raja Afiq, pelajar tahun empat, 5 (atau 6?) orang pelajar tahun 2, dan seorang pelajar tahun 1.

Rancak sungguh IPHA di bawah kepimpinan baru ini. Banyak projek-projek baru yang dirancang dan diperkenalkan. Tambahan pula, semenjak kami berpindah ke bangunan baru. Bangunan sendiri yang tersergam indah sudah tentu sedikit sebanyak mencorakkan aktivisme budak-budak Kuliyyah Farmasi ini.

3 atau 4 tahun mengenal Din, presiden IPHA untuk sesi kali ini, tidak membuatkan aku terkejut jika ada banyak pembaharuan yang dilakukannya terutama sekali aktiviti-aktiviti yang melibatkan dengan IPHA. Tambahan pula bila ada Amin Mansor sebagai ketua Pub n Info. Makin lajulah IPHA bergerak. Tengok sahaja projek IPHAPRESS dan majalah yang akan dihidupkan semula selepas mati ketika tenure lepas.

Ya, pemimpin memang perlu kaya dengan idea. Lihat sahaja Tun Mahathir sepanjang beliau menjadi Perdana Menteri negara ini. Buy British Last dan Dasar Pandang Ke Timur, Wawasan 2020 merupakan antara agenda yang digerakkannya sepanjang dua dekad memegang tampuk kuasa. Baca sahaja buku Mahathir di Sebalik Tabir tulisan Zainuddin Maidin untuk memahami apa yang kutulis ini.

Sifat itu kudapati pula kepada dua orang sahabatku ini. Namun, yang menjadi apa yang menjadi kerisauanku, mampukah anak-anak buah mereka mengejar kelajuan pergerakan mereka.

Hal ini kualami apabila bekerja dengan Abang Mahadi, setiausaha ABIM Pahang ketika cuti semester dahulu. Kelajuannya menggerakkan aktiviti-aktiviti membuatkan aku dan beberapa orang lain yang terlibat keresahan kerana gagal mengikuti temponya. Madam Ilyani pun turut mengakui perihal kelajuan suaminya dalam kegiatan aktivisme ini. Mungkinkah ini kualiti orang yang mengikuti latihan bersama Cikgu Azmi, pengerusi TERAS sekarang, WALLAHUA'LAM.

Setiap pemimpin memerlukan pengikut dan setiap yang dipimpin memerlukan pula segolongan orang yang bergelar pemimpin. Untuk melaksanakan agenda, apa yang penting ialah bagaimana kedua-keduanya menyesuaikan dengan tempo masing-masing. Ibarat sebuah pasukan kawad, masing-masing perlulah bergerak seiring sejalan bagi menghasilkan persembahan yang sempurna dan menarik hati semua orang; baik yang menonton atau yang ditonton.

P/s: Bila saja Abang Mahadi menghantar mesej sepi tak bertepi ...

Monday, December 21, 2009

Ceritera 291



Health and Medicine in the Islamic Tradition

Contents:

Foreword by Martin E. Marty ix
Prefatory Note xiii

A Historical Introduction to Islam 1

1. Wellness and Illness in the Islamic World View 11
God, Nature, and Humankind 11
The Social Outlook of the Qur'an 17
The Sources 19

2. The Religious Valuation of Medicine 29
Hadith and Medicine 32
Scientific Medical Tradition and Religious Justification 38

3. The Prophetic Medicine 41
Its Origin and Character 41
Religion and Medicine-as-an-Inexact-Science 49
Dietary Laws 53
Medical Attitudes toward Certain Orthodox Restrictions 55

4. Medical Care 59
The Auqaf (Pious Endowments) 60
Hospitals 66
Medical Clinics 72
Medical Education and Medical Examination 80
Spiritual Medicine 84

5. Medical Ethics 91
Human Dignity 100
The Family 101
Bioethical Issues 106

6. Passages 111
Birth 111
Contraception and Abortion 113
Sexuality 118
Death 125

Epilogue 131

Notes 135

Indexes 143

Ceritera 290



Einstein for the 21st century : his legacy in science, art, and modern culture / Peter L. Galison, Gerald Holton, and Silvan S. Schweber, editors
Princeton : Princeton University Press, c2008

Content:
1. Who was Einstein? Why is he still so alive? / Gerald Holton

2. A short history of Einstein's paradise beyond the personal / Lorraine Daston

3. Einstein's Jewish identity / Hanoch Gutfreund

4. Einstein and God / Yehuda Elkana

5. Einstein's unintended legacy : the critique of common-sense realism and post-modern politics / Yaron Ezrahi

6. Subversive Einstein / Susan Neiman

7. Einstein and nuclear weapons / Silvan S. Schweber

8. EInstein and 20th-century art : a romance of many dimensions / Linda Dalrymple Henderson

9. Rendering time / Caroline A. Jones

10. Into the bleed : Einstein and 21st-century art / Matthew Ritchie

11. Einstein and music / Leon Botstein

12. Seeing the unseen / E.L. Doctorow

13. The assassin of relativity / Peter L. Galison

14. Space, time, and geometry : Einstein and logical empiricism / Michael L. Friedman

15. Einstein as a student / Dudley Herschbach

16. Learning from Einstein : innovation in science / Jürgen Renn

17. Einstein and [h with crossbar, lowercase] : advances in quantum mechanics / Jürg Fröhlich

18. Einstein's unknown contribution to quantum theory / A. Douglas Stone

19. Einstein and the quest for a unified theory / David Gross

20. Energy in Einstein's universe / Lisa Randall.


P/s: On display in Indera Mahkota Campus Library till 25 December 2009.

Sunday, December 20, 2009

Ceritera 289


Minggu lepas, wang biasiswa JPA untuk semester ini sudah dimasukkan ke dalam akaun Bank Islam. lalu ada teman yang bertanya, buku apakah yang akan dibeli? Untuk menjawab soalannya, butiran di bawah mungkin dapat membantu.





Festschrift

“KNOWLEDGE, LANGUAGE, THOUGHT AND THE CIVILIZATION OF ISLAM:
Essays in Honor of Syed Muhammad Naquib al-Attas”


Edited by Wan Mohd Nor Wan Daud and Muhammad Zainiy Uthman
Published by Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
Price: RM 89

Title of the essays included in the festschrift:

1. AL-ATTAS: A REAL REFORMER AND THINKER
Wan Mohd Nor Wan Daud

2. RE-ISLAMISING THE WORLD
Ali Alawi

3. SHIFTS OF LANGUAGE AND TURNS IN WORLDVIEW:
Naquib Al-Attas’ Perspective
Ahmad Kazemi Moussavi

4. REFLECTIONS ON AL-ATTAS’ CONCEPTION OF THE ISLAMIC UNIVERSITY:
Implications for Academic Freedom, Institutional Autonomy and Philosophy of Education in South Africa
Yusef Waghid

5. THE NEGOTIATION OF MODERNITY THROUGH TRADITION IN CONTEMPORARY MUSLIM INTELLECTUAL DISCOURSE:
The Neo-Ghazalian, Attasian Perpsective
M. Afifi al-Akiti and H. A. Hellyer

6. ILLUMINATIVE KNOWLEDGE IN MAWLANA RUMI
Bilal Kuspinar

7. KANT AND GHAZALI ON HUMAN NATURE:
A Comparative Philosophy of Man
Alparslan Acikgenc

8. DIALOGUE OF CIVILIZATIONS THROUGH THE CORRIDORS OF FAITH AND MIND:
Some thoughts concerning the philosophy of Syed Muhammad Naquib al-Attas and its contribution for proper understanding ofConditio Humana
Fred Muhic

9. PROLEGOMENA TO WEST AND EAST:
Kant and Ibn Khaldun
Ernest Wolf-Gazo

10. CHALLENGES FOR EDUCATION IN THE AGE OF GLOBALIZATION
Marietta Stepanyants

11. EVOLUTION:
The Epitome of the Emerging Contemporaneous Global Civilization
Saban Teoman Durah

12. SCIENCE IN ADAB LITERATURE
Paul Lettinck

13. SCIENCE CONNECTING SCHOLARS AND CULTURES IN KHWARAZM:
The Case of Khwarazmshah Ma’mum Ibn Ma’mun
Hans Daiber

14. SOME REMARKS ON THE WAKF INSTITUTION IN THE OTTOMAN EMPIRE
Mehmet Ipsirli

15. ISLAMIC CAPITALISM AND THE WEST
Murat Cizakca

16. AL-ATTAS’ CONCEPT OF HAPPINESS:
A Reflection on the Contemporary Meaning of Development
Amer Al-Roubaie

17. THAI-IRANIAN RELATIONS IN HISTORY:
A Glance at the Persian Community in the Ayutthaya Kingdom
M. Ismail Marcinkowski

18. THE NAME AND THE NAMED:
On the Extent of Hamzah Fansuri’s Renown in the Malay Indonesian World (Notes and Materials)
Vladimir Braginsky

19. SUFISM AND ARCHITECTURAL ART IN THE MALAY WORLD
Md. Salleh Yaapar

20. CONCERNING ONE NAME MENTIONED IN THE TUHFAT AL-NAFIS:
Two Interesting Revelations
Tatiana Denisova

21. THE CORRECT DATE OF THE TERENGANU INSCRIPTION:
Reconfirmed using Astronomical Computer Programs
Muhammad Zainiy Uthman and Azlan Hashim

Friday, December 18, 2009

Ceritera 288


Zaman muda-muda dahulu - banyak berbeda dengan zaman sekarang. Yang paling ketara, tentu sekali...

Ceritera 287


Sidang Media Pertahankan Sekolah Izzuddin Shah dan Sekolah Raja Perempuan Taayah






SELAMATKAN SEKOLAH KAMI : SIS DAN SERATA DARI DITUKARMILIKKAN KE KERAJAAN PUSAT


Himpunan bekas-bekas pelajar Sekolah Izzuddin Shah (SIS) dan Sekolah Raja Perempuan Taayah (SERATA) mendesak agar usaha untuk menukar milikkan pengurusan sekolah daripada Jabatan Agama Islam Negeri Perak (JAIPk) dan Kerajaan Negeri Perak kepada Kerajaan Pusat di bawah skim Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) dihentikan serta-merta.


Kami bekas-bekas pelajar SIS dan SERATA memandang serius impak negatif dan kesan buruk yang akan terjadi akibat pemindahan pengurusan sekolah ini. Kami bertegas untuk mempertahankan sekolah warisan dan kebanggaan rakyat Perak ini daripada dicerobohi oleh sebarang gangguan luar.


Kesan buruk yang akan terjadi ialah identiti utama SIS dan SERATA sebagai satu-satunya sekolah milik kerajaan Negeri Perak yang menjalankan pengajian I’dadi dan Thanawi akan hilang. Pengurusan baru oleh Kerajaan Perseketuan akan melaksanakan pekeliling pendidikan yang mewajibkan jumlah kredit pengajian subjek yang diajar di SIS dan SERATA sama seperti sekolah harian yang lain. Ini secara jelasnya akan menyebabkan bilangan jam untuk pengajian I’dadi dan Thanawi akan berkurang dan akhirnya terhapus langsung.


Perancangan halus untuk menghapuskan pengajian I’dadi dan Thanawi ini dapat dikesan sebagai satu usaha untuk merendahkan kadar kemasukan dan kelayakan pelajar-pelajar aliran agama ke pengajian Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM). Ini akhirnya menyebabkan graduan yang memiliki kepakaran dalam lulusan agama akan berkurangan dan menyebabkan pengajian agama terpinggir di negara ini,


Selain itu, kami melihat usaha penukaran ini akan menyebabkan rakyat Negeri Perak akan kehilangan warisan kebanggaan negeri ini. Sejak ditubuhkan, SIS dan SERATA secara konsisten telah menerima dan melahirkan pelajar-pelajar anak kelahiran Perak yang berjaya dalam segala bidang. Kehebatan pelajar SIS dan SERATA yang rata-ratanya terdiri dari anak jati Perak memang tidak dapat dinafikan apabila saban tahun mencapai keputusan peperiksaan yang membanggakan pada peperiksaan PMR, SPM , STPM dan STAM.


Dalam bidang kokurikulum juga, SIS dan SERATA juga telah mengungguli dan menjohani pelbagai acara dan pertandingan samada di peringkat daerah, negeri atau kebangsaan. Ini secara jelas menunjukkan bahawa pihak pengurusan sekolah mampu mentadbir dengan cekap dan baik walaupun tidak terletak dibawah kelolaan Kerajaan Perseketuan.


Kami memohon semua bekas-bekas pelajar SIS dan SERATA, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik untuk bersatu mempertahankan SIS dan SERATA tanpa menjadi isu ini sebagai agenda politik.


Kami juga memohon agar Raja Dr Nazrin Shah, Raja Muda Perak yang juga Yang DiPertua Majlis Agama Islam Negeri Perak mengambil tindakan pantas untuk menyelamatkan nasib SIS dan SERATA.


Kami juga akan melancarkan kempen mengutip tanda tangan dari bekas-bekas pelajar dan orang ramai sebagai tanda protes pemindahan pentadbiran sekolah ini. Serahan tandatangan akan diberikan kepada Raja Dr Nazrin beserta memorandum pada satu tarikh yang akan diberitahu kelak.


Kami sekali lagi menegaskan bahawa tindakan menukar status pentadbiran SIS dan SERATA akan menyebabkan aliran agama terpinggir dan terlupusnya imej dan warisan kebanggaan rakyat Perak ini.


Yuzi Faizal Bin Buyong Basri
Pengerusi Badan Bertindak Pertahankan SIS dan SERATA (Tahan)
Alumni SIS dan SERATA
yuzkskb@gmail.com
phone no : 017-4830965

Ceritera 286


Bekas Pelajar bantah serah SIS dan SERATA kepada pusat

Oleh Nazri Abdullah

IPOH, 17 Dis: Bekas-bekas pelajar Sekolah Izzudin Shah (SIS) dan Sekolah Raja Perempuan Taayah (SERATA) Perak, membantah dan menuntut penjelasan dari tiga pihak bertanggungjawab berhubung hasrat menyerahkan kedua dua sekolah agama kelolaan kerajaan negeri tersebut kepada pusat.

Ketiga-tiga pihak tersebut adalah kerajaan negeri Perak, Jabatan Agama Islam negeri dan Persatuan Alumni pelajar sekolah terbabit.

Pengerusi Badan Bertindak Pertahankan SIS dan SERATA (TAHAN), Yuzi Faizal memberitahu pihak mereka akan mengadakan satu sidang akhbar berhubung perkara itu dihadapan pintu masuk utama SIS Jumaat ini.

"Kita nak mintak penjelasan dari ketiga-tiga pihak ini supaya kita dapat tahu kewajaran kedua-duanya perlu diserahkan kepada kerajaan pusat," katanya ketika dihubungi.

Yuzi juga memberitahu desakan yang dibuat badan bertindak ini bukan dipengaruhi mana-mana parti politik tetapi atas rasa tanggungjawab dan keperihatinan bekas-bekas pejar sekolah terbabit sendiri.

Mereka bimbang pertukaran tersebut akan menggadai kecemerlangan pelajar-pelajar aliran agama khususnya pemansuhan subjek teras sekolah tersebut.

Apatah lagi kedua-dua sekolah tersebut juga jelasnya telah banyak melahirkan tokoh-tokoh dan pemimpin negara seperti Menteri Pertahanan Malaysia sekarang ini Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

"Berdasarkan maklumat, jika kerajaan pusat ambil alih, kemungkinan subjek I'dadi dan Sanawi akan dimansuhkan.

"Ianya akan memberi kesan kepada para pelajar yang mahu melanjutkan pelajaran dalam bidang agama seperti di Al-Azahar dan lain-lain universiti," katanya lagi.

Kedua-dua sekolah tersebut adalah di bawah pengurusan Jabatan Agama Islam Negeri Perak (JAIPk) dan Kerajaan Negeri Perak namun akan diserahkan kepada kerajaan pusat di bawah skim Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) kerana didakwa berdepan masalah kewangan.

Sehubungan itu, TAHAN juga sedang merancang menyediakan satu memorandum untuk dihantar kepada pihak Istana negeri perak jika tiada sebarang maklum balas dari ketiga-tiga pihak terbabit.

Sebelum ini, Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) turut mendesak Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah yang juga Yang DiPertua Majlis Agama Islam Negeri campur tangan menyelamatkan SIS dan SERATA agar kekal dibawah kelolaan JAIPk.

Sumber: Harakahdaily

Wednesday, December 16, 2009

Ceritera 285

Debat Facebook

Khalid Jaafar akan menjawab buku SMN al-Attas, "Tinjauan Ringkas Peri Ilmu dan Pandangan Alam", dalam "Metafizik dan Kosmopolitanisme" yang sedang ditulis

Aqil Fithri
"Tinjauan ringkas," "Preliminary statement," "general theory," dll. Persoalannya, apa anak2 murid al-Attas yang hebat buat selama ini? Saya cuba mendapatkan makalah "pandangan-alam"nya kelmarin untuk dibaca-kritis. Tapi, tiada pula edarannya.

Khalid Jaafar
Sebahagian besarnya adalah terjemahan dari tulisan-tulisan dalam bahasa Inggeris. Beliau sudah lama berhenti membaca perkembangan pemikiran semasa. Banyak pemikiran baru yang prof. itu tidak tahu

Muhammad Firdaus Zakaria
jgn lupa warwarkan edaran jawapannya..

Mohd Hilmi Ramli
Apakah yang dimaksudkan 'pemikiran baru' itu? Minta jasa baik Pak Khalid kongsikan.

Amin Ahmad
ia laksana ungkapan beliau dalam teks "Islam dan Sejarah Kebudayaan Melayu" di mana beliau mengabaikan sebahagian perkara yang beliau anggap "tidak penting"....mungkin saja pada masanya, tetapi tidak pada masa lain.

Khalid Jaafar

Pemikiran baru? Banyak sekali. Ambil sahaja tentang keadilan. Adakah al-Attas cuba menjawab "A Theory of Justice" oleh John Rawls, teori keadilan yang paling berpengaruh hari ini. Dalam metafizik Islam sendiri al-Attas sama sekali mengabaikan kajian-kajian William Chittick tentang Ibn Arabi. Bab "Peri Tanzil dan Kesatuan Agama" telah banyak dijawab oleh ramai penulis, yang terakhir sekali oleh Shah Reza-Kazemi.

Wan Rausyanfikir
Islam and Secularism dan Prolegomena adalah adikarya beliau yang definitif. Yang lain-lain itu karya awal. Al-Attas ialah seorang penulis yang sangat berhati-hati dalam memilih kata. Sudah pasti keterlambatan beliau menulis agak terbatas. Seperti saya katakan dulu Pak Khalid, baru atau lama pemikiran itu boleh dilihat dari mana akarnya. Pusing-pusing banyak sangkut pada Plato juga (bak kata Whitehead). Nantikan, Insyaallah adikarya beliau berkenaan sejarah Nusantara yang belum tersiap lagi.

Aqil Fithri
Seharusnya, anak2 murid al-Attas menjawab "teori keadilan Rawls, menangkis "pasca sekular" Habermas, menepis "teori sistem" Luhmann, menjawab "kewarganegaraan baru" Sandel, tapi alih-alih bernostalgia.

Aqil Fithri
Al-Attas hanyalah al-Attas sebelum ISTAC. Setelah ISTAC, ia banyak dirosakkan dengan bunga2 puji.

Wan Rausyanfikir

Setahu saya, kalau Rawls mungkin boleh dibaca karya Umar Kasule tentang Human Rights and Dignity (AS. Nordeen). Beliau student Al-Attas. Tentang kumpulan perennial philosophia akan dijawab oleh Prof. Wan dalam karya baru beliau nanti tentang Gerakan Nafi Ilmu. Tapi rasanya, jawapan beliau tentang peri tanzil dan kesatuan agama itu sudah definitif. Tentang Habermas, Sandel dan Luhmann masih belum dapat lihat sebarang respons. Menarik juga. Masih banyak ruang untuk dijawab balas.

Khalid Jaafar

Karya al-Attas penting tetapi malangnya gerombolan yang mendewakan beliau bertaklid dengan beberapa sikapnya yang tidak ilmiah. Pendewa-pendewa beliau mengabaikan sama sekali tentang sejarah Asia Tenggara yang ditulis oleh sarjana-sarjana seperti George Coedes. Saya peneliti Plato tetapi tidak betul kata-kata Whitehead bahawa sejarah falsafah adalah rantaian nota kaki kepada Plato. Metafizik Shankaracarya juga lebih mendalam dari metafizik Plato (lihat Reza-Kazemi). Kita tidak berlaku adil dengan al-Attas dengan bertaklid dengannya, meskipun itu yang beliau kehendakki. Perhormatan yang sebenar kepada kesarjanaan dan kefalsafahan al-Attas adalah membaca karyanya dengan kritis.

Wan Rausyanfikir
Saya berbeda pendapat berkenaan status quo Al-Attas. Produktif atau tidak penulisan beliau mutakhir ini tidak boleh kita putuskan dengan mudah dengan sekadar menganalisa kuantiti produk penulisan beliau. Yang saya tahu, beliau menulis dalam keadaan teramat cermat. Tentang student beliau, tak semua empunya kemampuan yang sama dalam semua perkara. Setakat ini, saya yakin kerangka beliau adalah yang terbaik dalam berhadapan pelbagai mehnah duniawi masani. Wallahua'lam.

Khalid Jaafar

Mereka yang meneliti karya-karaya al-Attas akan tahu bahawa ada dua al-Attas. Al-Attas pertama adalah al-Attas sebagai pentafsir dan pengikut Hamzah Fansuri. Ini adalah period inklusif sarjana itu. Al-Attas kedua adalah al-Attas sebagai pentafsir dan pengikut al-Raniri. Ini adalah al-Attas yang ekslusivis. Saya kira WM Noor mewakili fikiran al-Attas ekslusivis. Al-Attas kedua lebih merupakan seorang ahli kalam dan sifat kalam adalah eksklusivis.

Aqil Fithri
Kita harus tanya pada Wan Mohd Nor, apa tesis-nya, selain menempel dengan al-Attas?

Yelderin Mujahed

pak khalid, bertahun saya dengar pak khalid sedang menulis untuk membalas pandangan al-attas.kritik buku Islam and Secularism sudah 3 tahun saya tunggu. yang Pandangan Alam dan Peri Ilmu ini berapa tahun pula? haha

Khalid Jaafar

Saya pun ikut al-Attas, berhati-hati! Tulis buku bukan macam tulis status.

Yelderin Mujahed
ha ha..bagus bagus :D

Mohd Hilmi Ramli
Prof Al Attas dan sekolah pemikirannya tidak maksum,jd ada ruang kritikan dan kelemahan.

Tetapi,dalam kelemahan itu,sekurangnya beliau sudah menyusun 'puzzle' pandangan alam Islam yg sudah berterabur sebelum ini.Konsep dan kata2 kunci diberi penekanan kembali.Kekeliruan istilah sekurangnya diberi pentafsiran yang tepat dan tajam dalam kerangka epistemologi Islam. Beliau cermat mengungkap konsep2 penting dlm Islam.

Makanya umat Islam tidak keliru dgn istilah2 dan faham yang lahir dari rahim Barat.Berbeza dgn sesetngah orang,yg tidak cermat menggunakan istilah2 dan faham2 yg mengelirukan.Sbg contoh;istilah 'enlightement', 'renaissance', bermottokan 'cogito ergo sum' dan pelbagai lagi yg mencerminkan ke-tidakkemas-an pandangan alam Islamnya. Bahkan juga tidak krits dgn istilah2 dan faham2 yg datang dari pandangan alam Barat.

Jika mereka (pemuka berfikiran bebas) boleh kritis dgn sarjana Muslim yg menggunakan kerangka epistemologi Islam sbg sumber kefahaman,mengapa mereka tidak kritis dgn sarjana Barat yg serba maklum keliru pandangan alamnya?.

Ini permasalahan mereka yg gemar 'melekat' pd nama2 Hobermas,Lock,Kant,Popper dll. Malah kata2 mereka juga sering menjadi 'sabda' mereka.

Walhal jika KEYAKINAN mutlak sudah tertanam dalam jiwa seseorang,tidak perlu lagi tergugat dan tergugah dgn faham2 mempesonakan sarjana2 Barat. Keyakinan datang dengan ilmu yang benar dan penghormatan terhadap kedudukan sarjana Muslim.Keyakinan dlm Islam ialah haq yaqin;bukan separa yakin (syak) atau suku yakin (wahm).

Sebab itu seseorang yg jelas dan yakin pandangan alam Islamnya tidak perlu terasa terancam dengan faham2 baru yang sering ditimbulkan oleh sarjana Barat. Hal itu boleh timbul memandangkan faham mereka yang relatif dan tidak ada sumber teks yg mutlak.

Penting utk membaca karya mereka,tetapi bukan dgn rasa kagum dan yakin itu adalah karya yg terhebat dalam pandangan alam Islam.

Wallahu'alam.

Irwin Eusoff
Sounds like greek to me, probably belum sampai makam nye... Say, is ISTAC open to the public...??

Khalid Jaafar

Hilmi, apa yang kamu tulis adalah persis masalah dan penyakit yang ditanam oleh al-Attas. Bahkan pendewa al-Attas sendiri tidak membaca teks-teks klasik Islam, hanya menerima rumusan dari al-Attas. Setahu saya al-Attas sendiri tidak menghidupkan aspek tradisi iintelektual Islam yang penting, iaitu tradisi membaca teks klasik. Adakah ISTAC ada program membaca al-Shifa, Fusus, Futuhat, Faslul Makal? Tradisi pemikiran Islam adalah lebih luas dan rencam dari yang dibentangkan oleh al-Attas. Kalau mereka yang menolak Lokce, Kant, Popper, Habermas tetapi menghabiskan masa membaca Shifa, Fusus, Futuhat, Asfar Mulla Sadra mungkin saya boleh maafkan. Tetapi mereka tidak membacanya. Mereka hanya membaca al-Attas, dan pemahaman mereka terhadap teks-teks al-Attas juga terbatas. Bagaimana ingin memahami persoalan 'tragedi' yang disebut oleh beliau tanpa membaca Sophocles? Sedikit sebanyak al-Attas bertanggungjawab dalam menyemai sikap anti ilmu ini dikalangan pendewanya. Kerana sikap anti ilmu maka al-Attas tidak melahirkan sarjana berkelas global berbanding dengan Nasr. Lihat sahaja murid-murid Nasr seperti Chittick, Amin Razavi, Sachiko Murata dan banyak lagi. Satu-satunya murid al-Attas yang berwibawa global adalah Osman Bakr, itupun setelah dibimbing oleh Nasr.

Yudi Helfi Sutan Ma'rouf

@ Pak Khalid : Apakah Sayid Al Attas berpeluang menjadi Al Ghazali kedua? Sebagai mana kita ketahui, Al-Ghazali dianggap telah mencapai tingkat yang tinggi dalam dialektikanya menghadapi berbagai isu saat itu sehingga di masa sesudahnya seluruh isu dianggap sudah selesai oleh Al Ghazali..

Mohd Hilmi Ramli

Pembetulan:Saya bukan di kalangan pendewa Al Attas,ttp meletakkan kedudukan beliau sewajarnya;-).

Saya setuju tradisi ilmu membaca teks2 klasik merupakan tradisi keilmuan Islam.Bahkan bukankah di sekolah2 pondok,yg dipimpin ulama wibawa juga membaca teks2 klasik?

Saya berpandangan ISTAC bukan jawapan mutlak kpd satu pembudayaan ilmu yg sempurna.ISTAC hanya menjalankan tanggungjawab dan kuasa yg ada untuk mengisi sebahagian dpd wajah pembudayaan ilmu yg luas.

Sebab itu,peranan Pak Khalid dll sgt penting dalam menghidupkan pembudayaan ilmu yg tidak mampu diisi oleh ISTAC.Tetapi yg penting juga,setiap pembudayaan ilmu harus jelas epistemologi ilmunya,tujuannya penambahbaikan keyakinan terhadap agama,penambahbaikan terhdap akhlak kita.Pembudayaan ilmu yg serius bukan semata latihan akli sahaja.

Maulana Rumi ada berkata,'Ilmu sangat terbentang luas,ttp umur kita sgt singkat'.Jd dalam umur yg singkat,ilmu yg penting dikejar dahulu ialah ilmu yg berkaitan akidah dan iman kita.Sbb ilmu ini bekalan bertemu Rab yg Esa nanti.

Saya suka jika pembudayaan ilmu meriah di setiap lapisan masyarakat.Bahkan saya sendiri menolak sikap ilmuwan yg tidak membaca karya sarjana Barat.Jika mahu jd ilmuwan harus memahami pemikiran mereka.

Khalid Jaafar

Yudi, tidak mungkin. Baca al-Munqiz min al-Dalal, al-Ghazali menyebut dia membaca semua karya falsafah sebelum membuat sanggahan. Dan berapa banyak buku yang perlu di baca oleh al-Ghazali? Mungkin hanya beberapa ratus. Berapa tokoh falsafah yang perlu beliau teliti, mungkin hanya sepuluh, Ibn Sina, al-Farabi, al-Kindi, Aristotle, Plato, Plotinus dll. Tetapi buku falsafah moden beribu, dan tokoh-tokoh sejak Descartes, Kant hingga Russells, Rawls, Popper, Habermas, Adorno, Sartre....

Khalid Jaafar

Hilmi, kamu perlu lebih berani untuk bersikap lebih kritis terhadap al-Attas dan kekeliruan yang telah beliau semai selama 40 tahun. Kita perlu berlaku wajar dan adil kepada beliau dan kritikan mendalam adalah termasuk dalam kewajaran dan keadilan tersebut. Dan kritikan mendalam bukan bermakna kita memperlekehkan pemikiran dan kesarjanaan beliau. Pondok mengajar teks klasik? Sebutkan mana pondok yang mengajar ihya secara konsisten. Apa lagi Fusus, futuhat, Ibn Sina. Ini hanya berlaku di Iran. Tentang epistemologi, kita juga perlu kritis terhadap espistemologi Islam yang dibentangkan oleh al-Attas. Epistemologi yang beliau bentang tentu berlawanan dengan epistemologi Ibn Sina, Ibn Arabi dan Ibn Rushd dan Ibn Khaldun. Saya ulangi, pemikiran Islam jauh lebih rencam dan pelbagai dari yang dibentangkan oleh al-Attas.

Mohd Hilmi Ramli

Boleh Pak Khalid huraikan apakah kekeliruan yg dimaksudkan?

Khalid Jaafar

Hilmi, kamu kena bersabar menunggu buku saya diterbitkan.

Noor Eqbal

Salam. Bagaimana pula dengan rancangan penulisan Pak Khalid soal Jaminan Keselamatan Sejagat?

Aqil Fithri
Salah satu kekeliruan, juga ketidakadilan pada al-Attas ialah mengangkatnya sebagai "mujaddid" abad ini. Ini jelas dosa besar Wan Mohd Nor Wan Daud. Kasihan al-Attas.

Najwan Halimi

Kalau al-Attas digelar 'mujaddid', maka Wan Mohd Nor dan pendewa-pendewa lainnya nak digelar apa?

Aqil Fithri

Lihat saja projek "Epistemologi Melayu" yang digadang2 Wan Mohd Nor Wan Daud sejak masuk ATMA, UKM. Nah, setelah bertahun di sana, apa itu Epistemologi Melayu? Sampai sekarang belum ada jawapan tuntas darinya. Saya mahu wawancara tentang Islamisasi Ilmu mengelak!

Mohd Hilmi Ramli

Mungkin saudara Aqil kena huraikan 'kekeliruan' yang saudara maksudkan.

Apaka saya perlu menunggu buku seperti Pak Khalid juga?

Aqil Fithri

Ya, kena tunggu, selama buku Epistemologi Melayu Wan Mohd Nor Wan Daud belum keluar. Itu pun setelah banyak geran penyelidikan universiti dihabiskan. Bukan sahaja politikus yang membazir. Tapi, akademia juga sekali.

Mohd Hilmi Ramli

Saya boleh emelkan kkerja pembentangan Prof Wan dan Dr Khalif mengenai Kerangka Pemikiran Komprehensif Pemikiran Melayu Abad 17: Kajian Terhadap Manuskrip Durr Faraid Sheikh Nuruddn Al Raniri di UKM baru-baru ini. Sila beri emel saudara dan harap baca-kritis kertas kerja tersebut.

Aqil Fithri

Hanya kertas kerja? Berapakah jumlah wang rakyat yang dihabiskan untuk projek Epistemologi Melayu? Tak mengapa, sila email pada saya: aqilfithri@gmail.com.

Mohd Jamizal

saya rasa al-attasian dan pak khalidian ada sumbangan sendiri dalam dunia ilmu...perlu ada "tasammuh" :)

Najwan Halimi

Harimau telah bangun...langsung mengaum!

Mohd Hilmi Ramli
@Aqil: Amboi, macam ada isu2 personal sahaja;-) Ilmuwan harus kritis pada idea dan pemikiran, bukan hal2 peribadi;-)

@Jamizal: Ya tasamuh dan kritis beradab, bukan menggelar dgn gelaran yang tidak cermat spt 'dewa' dll;-). Harus juga 'ukur baju di badan' untuk saling kritis antara satu sama lain;-)

Aqil Fithri

Ya, harus kritis dengan pemikiran. Setuju! Maka, jumlah dana penyelidikan yang banyak dihabiskan hanya untuk sebuah makalah (dalam beberapa helaian?) haruslah didiamkan. Saya mohon maaf kerana menyentuh mengenai hal itu.

Mohd Hilmi Ramli
Oh, saya perlu perbetulkan hal itu (sebuah makalah). Bukankan projek itu di bawah UKM GUP (UKM-GUP-JKKBG08-06-021) sehingga Jun 2010. Btw, selamat membaca

Mohd Tarmizi Bin Hasrah
saya dimaklumkan oleh Prof. Wan dan Dr. Khalif, buku tersebut akan diterbitkan penghujung tahun hadapan. Apa pun kita tunggu.

Aqil Fithri
Terima kaseh, Tarmizi. Kalau ada buku, memang menarik. Saya juga menunggu. Banyak juga salah-sangka saya pada Prof Wan Mohd Nor Wan Daud.

Aini Bin Murni

Walau bagaimanapun, saya tetap yakin Prof. Al Attas mempunyai sumbangan besar dalam gelombang kebangkitan Islam di Malaysia...... Yang penting kita tak seharusnya TAKSUB kepada sesiapa...... Ikutilah sikap tawadduk para ulamak 4 mazhab yang tidak mendabik dada dan tidak pula menghentam sesama sendiri secara sombrono......

Khalid Jaafar

Hilmi, antara salah haluan yang dibawa oleh al-Attas adalah membuat syarahan kepada karya-karya derivatif. Ini ditaklidi oleh W M Nor. Hamzah Fansur, al-Raniri adalah penulis-penulis derivatif kepada Ibn Arabi, al-Ghazali, al-Jili, al-Ashaari dll. Untuk membangun tradisi intelektual yang besar al-Attas seharusnya membuat syarahan kepada Ibn Arabi, al-Jili, Ibn Sina, Mulla Sadra. Ini sebenarnya menjadi projek intelektual rantau ini. Jika kita sudah mesra dengan teks-teks al-Farabi, Ibn Sina, Ibn Arabi, Mulla Sadra dll maka sudah pasti tidak akan ada sikap allergic terhadap Kant, Locke, Hume, Descartes, Popper, Habermas, Ralws dll. Dunia mana yang kenal Fansuri, al-Raniri? Sikap puas hati sekadar mentafsir risalah Raniri dan Fansuri inilah yang secara langsung atau tidak langsung menimbulkan sikap panik bila mendengar nama-nama seperti Popper atau Habermas. Kalau bukan salah al-Attas maka salahkan diri kamu dan generasi kamu sendiri yang allergic untuk membaca karya selain dari karya al-Attas

Mohd Hilmi Ramli
Tradisi ulama muktabar ialah membuat syarah atas syarah. Biasanya ulama muktabar cth Al Ghazali mempunyai rantaian tradisi yg cukup panjang dan besar. Sebelum Al Ghazali, bermula dgn gurunya Juwaini Al Haramain. Tradisi ilmu dalam Islam bukan bermula dari titik kosong dan melompat2 dari satu ulama ke ulama lain.

Tradisi itu sambung sehingga ke Taftazani, Raniri, Al Falembangi dan Al Attas hari ini. Karya2 yang lahir dari rantaian tradisi ini merangkumi hal-hal yang penting dalam Islam,iaitu akidah,penekanan kpd sumber2 ilmu,soal kepimpinan dan banyak lagi. Ini yang dimaksudkan dgn pandangan alam Islam yang berperanan sbg peta pemikiran umat Islam.

Peta ini menjadi penunjuk jalan kpd pembacanya (umat Islam). Jika muslim melakukan dosa/tersesat,boleh bertaubat dgn mengikut peta itu.'Pintu' Taubat ada dalam peta tersebut.Masalahnya hari ini,ada kelompok pseduo-intelektual yg cuba merubah2 peta tersebut.

Mereka mula mempertikaikan soal teks dalam Q yang tidak mutlak. Mereka mempertikaikan kebenaran yg mutlak. Membenarkan Syariah yg liberal.membenarkan teks di hermenuetics. Itu yg menimbulkan kekeliruan hakiki kpd pembaca peta tersebut.

Tradisi Al Ghazali tradisi yang komprehensif,mengandungi prinsip penting dalam agama iaitu akidah, termasuk hal2 lain spt yg disebutkan. Nama2 spt Ibn Sina,Al Farabi,Mulla Sadra ulama yg muktabar juga. Tetapi mereka ada kedudukan tersendiri dalam tradisi ilmu Islam yang sama ada termasuk dalam rantaian tradisi panjang Al Ghhzali secara langsung/tidak.Farabi n Ibn Sina ialah produk derivatif dari Greek,Mulla Sadra tidak sama keduduknnya dgn Al Ghazali malah Raniri sekalipun.

Kita khuatir,banyak menyebut nama2 ulama muktabar tersebut,tetapi tidak meletakkan kedudukan mereka di tempat sewajarnya.

Aqil Fithri

Mengapa Mulla Sadra tak sama kedudukannya dengan Raniri?

Mohd Hilmi Ramli

Buah epal dan oren ada perbezaan n kedudukan tersendiri;-)

Aqil Fithri

Oh, macam itu. Hilmi, mahukah kita buat tugasan perbandingan. Anda bentangkan konsep "realiti" menurut keaslian pemikiran Raniri, dan saya bentangkan konsep "realiti" menurut keaslian pemikiran Sadra?


Mohd Hilmi Ramli

oh,saya dgn rendah diri masih perlu menekuni pemikiran Raniri dan syarah2 yg dibuat ttgnya.;-)

Mohammad Alinor Abdul Kadir
Pada saya, ilmuwan Muslim seluruh dunia belum melakukan perkara yang sewajarnya, perkara yang mereka sendiri gelar sebagai PengIslaman Ilmu, yang sudah berusia 40 tahun, iaitu menyaring Ilmu Semasa kedalam Falsafah Ilmu Islam. Memanglah akan ada perbezaan cara menyaring ini, tapi konsep yang sejelas ini tidak mampu ditafsirkan kerjanya sehingga ... See Morekini. Mudahnya, konsep-konsep "realiti" yang mahu dikerjakan oleh Aqil/Sadra dan Hilmi/Raniri itu mestilah dibanding dengan Realiti Einstein dan Realiti Quantum. Ini yang tak terdaya dilakukan.

Aqil Fithri
Sebab itu saya selalu kata, usaha Prof Shaharir sebenarnya lebih berbobot dan realistik berbanding al-Attas. Cuma, dia tiada pengikut sesetia seperti al-Attas, dan tiada kemudahan seperti ISTAC, serta punya kelemahan pembahasaan. Tapi, dia bukannya peduli semua itu. Akhirnya, dia boleh menulis buku tanpa dana universiti/institut sekalipun. Kini, dia berjaya tunjukkan tesis 'mujaddid' al-Attas tentang ilmu Melayu hanya dalam era Islam adalah salah sama sekali. Jadi, apa jawapan balas terhadap agenda ASASI ini? Jawapannya, "tak guna pergi pra-Islam." Hanya itu hujah balas yang saya dengar dari pendewa al-Attas.

Mohammad Alinor Abdul Kadir

Seperti yang telah saya tulis sebelum ini pada fb Aimran, saya ulangi, bahawa usaha menghasilkan produk bagi Pengislaman ilmu itulah yang sepatutnya dilakukan. Ini jugalah sanggahan yang diberikan kepada Prof Osman Bakar dan Prof Umar Kasule tentang gerakerja IIIT Malaysia, yang mahu keliling dunia mengajarkan tentang PengIslaman Ilmu tetapi tiada produknya. Kenapa menghasilkan produk ini tidak diusahakan?

Aqil Fithri

Tak dilakukan, sebab sudah selesa dengan teori (yang belum tentu betul), dan tak mahu bergerak pada praxis. Tindakan ini juga sebentuk sekularisasi ilmu: yang memisahkan pengetahuan dengan kepentingannya.

Ceritera 284

Friday, December 11, 2009

Ceritera 283





Pulang sebentar ke Perlis beberapa hari lepas, aku mengambil kesempatan bersama-sama adik bongsuku, Yusri berkunjung ke sebuah rumah yang sudah lama aku kunjungi.

Rumah yang kumaksudkan ialah rumah warisan peninggalan gemulah Wan dan Tok. Di sini tersimpan kenanganku bersama Wan sebelum dirinya dijemput ALLAH sewaktu menunaikan haji di Mekah ketika aku berada di darjah lima.

Masih terbayang lagi, di rumah ini jugalah Tok menghabiskan sisa-sisa umurnya sekembalinya dari Mekah berseorangan sebelum pulang menuju kepada Penciptanya. Masih kuingat lagi, waktu itu, di padang MCIIUM, berbaju batik biru ketika Taaruf Week, aku menerima panggilan daripada Abah, menyatakan Tok sudah tiada lagi.

Inilah juga rumah yang menyaksikan Abah, Ngah, Mak Lang dan Mak Su ku membesar, tempat Wan dan Tok melepaskan lelah selepas membanting tulang menjadi petani yang setia kepada bumi - menanam padi di Dataran Padi Kedah-Perlis, menoreh getah di Bukit Kerengga dan membela lembu untuk mencari sesuap nasi buat anak-anak.

Rumah ini jugalah yang menjadi saksi aku dan sepupu-sepupuku bermain, bergelak tawa ketika kami masih bergelar kanak-kanak, yang masih belum mengerti betapa peritnya apa yang dinamakan kehidupan itu.

Dan ini jugalah tempat aku menerima parut kekal di kaki kiriku selepas terjatuh daripada tangga rumah.

Namun, ayang seribu kali sayang, semenjak Tok meninggal dunia, tiada siapa lagi yang menduduki rumah ini; sebuah rumah di KAMPUNG ALOR TAMPANG. Biar musnah jasad rumah itu, namun kenangan bersamanya akan sentiasa tersemat di dalam jiwa, selagi mana kukenal di mana asal-usulku.


Pokok yang tinggi menjulang itu pokok mempelam yang ditanam oleh moyang kami



Duduk termenung di atas tangga. Dulu tangga dan para ini tiada, yang ada tangga yang menghubungkan tanah sampailah pintu rumah. Dari tangga yang sudah dipotong sebahagiannya itulah, aku terjatuh.


Yusri di atas memerhati sekeliling dari atas para. Dulu, ketika kanak-kanak, aku dan sepupuku akan makan nasi di sini, sambil membuang nasi-nasi yang tidak habis dijamah ke tanah buat santapan ayam-ayam yang Tok bela.


Pokok asam jawa. Sekadar menyaksikan dari kejauhan kerana takut ada ular dan lipan bara yang menjadikannya sebagai tempat berteduh.



Pokok Jambu Air yang Tok tanam selepas Wan meninggal dunia.



Dapur dan bilik air. Dulu, bila pulang dari nat (pasar sehari), di sinilah tempat aku dan sepupu-sepupuku yang lain berebut-rebut mengambil ais kacang yang dibeli Tok atau Abah.



Kandang lembu. Sebaik sahaja wan meninggal dunia, kandang ini pun kosong tanpa penghuni.

Tuesday, December 8, 2009

Ceritera 282

Desa nan permai: Perlis Indera Kayangan (ke Darus Sunnah? ",)







6 - 7 Disember 2009

Saturday, December 5, 2009

Ceritera 281

Ubat Hati

Abu Ishaq Ibrahim bin Ahmad Ismail Al-Khawwash (men. 291H/904M), pernah memberi nasihat:

“Ubat hati ada lima perkara: Membaca Al Quran dengan merenungkan isi dan ertinya, berpuasa dengan mengosongkan perut, bangun malam beribadat, bermunajat/tadharru’ di waktu sahur, dan berkumpul dengan orang-orang soleh”


(dipetik dari Risalah Qushairiyah karangan Abul Qasim Abdul Karim Hawazin Al Qushairi an Naisaburi 376H-465H)

Dikatakan cuba bahawa kata-kata tersebut juga diungkapkan oleh Sunan Kalijaga yang kini dijadikan lirik lagu oleh Opick dengan judul yang sama:

Obat hati ada lima perkaranya
Yang pertama baca Quran dan maknanya
Yang kedua sholat malam dirikanlah
Yang ketiga berkumpullah dengan orang sholeh
Yang keempat perbanyaklah berpuasa
Yang kelima dzikir malam perpanjanglah
Salah satunya siapa bisa menjalani
Moga-moga Gusti Alloh mencukupi


Semoga ianya menjadi suatu renungan berguna.

Diambil daripada blog Ustaz Uthman El-Muhammady

Friday, December 4, 2009

Ceritera 280



Doa di atas menjadi bacaan rutin Dr. Farahidah sebelum mengajar di dalam kelas.

Moga-moga dikurniakan keberkatan daripada doa yang dibaca dan ilmu yang dipelajari.

P/s: Pengertian dan deskripsi doa seperti yang diambil daripada laman web alhaddad.org

Dua and intention for studying

The Messenger, upon him be peace, said, actions are but by intentions and everyone will be rewarded according to what they intend.’ For this reason, one’s intention in studying is very important. Real success in one’s studies will be dependent on one’s intention as the messenger said, ‘everyone will be rewarded according to what they intend.’ One can be rewarded for secular studies by having a noble intention. The value of studying the religious sciences is raised by the quality of the intention. For this reason, Imam al-Haddâd encouraged his students to read the following intention

Al-hamdu_llilahi rabb_il_’âlamîn wa sallahu ‘ala saydinâ Muhamamdin wa ‘alâ âlihi wa sahbihi wa sallam.
Nawaytu al-ta’alluma wa talîma wat_tadhakkara wa-tadhkîr wa_ na’fa’ wa_l_’intifâ’ wal-ifâdah wa’l_istifâdah wa_l-hath ‘ala_tamassuki bi kitâbillahi wa sunnati_rusûlihi wa_du’â il_al-hudâ wa_dalâlata ‘ala_l_khayri wabtighâha waj_hillâhi wa mardâtihi wa qurbihi wa thawâbihi subhânahu wa ta’âla


All praise to Allah, Lord of the Worlds. And salutations and greetings upon our master Muhammad and upon his family and companions.

I intend to study and teach, take and give a reminder, take and give benefit, take and give advantage, to encourage the holding fast to the book of Allah and the way of his messenger, and calling to guidance and directing towards good hoping for the countenance of Allah and His pleasure, proximity and reward, transcendent is He.

Among the supplications that we have been taught to improve our understanding and aid us in our study is:

Ya Fattâh, ya ‘Alîm iftah lanâ fathan qarîban
O Opener, O knowledgeable One, open up for us an opening soon.
May Allah grant us all success, âmîn.

Thursday, December 3, 2009

Ceritera 279


SubhanALLAH, maha suci ALLAH.

Indahnya kalimah Jalalah ALLAH, dibuang alif yang pertama menjadi Lillah (untuk/kepada ALLAH)

Lillah, bila dibuang huruf lam di hadapan menjadi laHU (untukNYA)

Lahu, bila dibuang huruf lam, tinggallah huruf ha tunggal, dibaca sebagai HU, dhomir bagi kalimah HUWA (DIA).

Begitulah, keagungan kalimah Jalalah, ALLAH. Itulah pengajaran bagi mereka yang mahu merenung dan berfikir.




“Wahai orang-orang yang beriman, berzikirlah (dengan menyebut nama) Allah, zikir yang sebanyak-banyaknya.” (Surah al-Ahzaab, 33: 41)

Dinukil dan digubah daripada blog akhi Anwar Mohamad

Ceritera 278

Model Kübler-Ross menerangkan 5 peringkat kedukaan.

Contohnya begini, katakan anda telah mengambil peperiksaan subjek itu selama tiga kali - tiga tahun.

Setelah tiga kali bergelumang dengan kertas yang sama, tentulah harapan dalam diri untuk lulus semakin memuncak.

Makanya, selepas sahaja mendapat keputusan itu ketika dinihari (baca:dalam pukul 3 pagi) disebabkan keefisienan 'pihak itu', anda akan selalunya masuk ke peringkat pertama Model Kübler-Ross bila mendapati anda terpaksarela mengambil kertas yang sama buat kali keempat.

Peringkat pertama yang dimaksudkan ialah penafian (denial).

Peringkat penafian ini akan disusuli pula dengan peringkat kemarahan (anger), tawar-menawar (bargaining), kemurungan (depress) dan penerimaan (acceptance).

Persoalannya, di peringkat manakah anda kini?

Ceritera 277

Budaya peperiksaan, dalam sistem pendidikan negara, telah menggantikan budaya ilmu. Para pelajar memang giat belajar tetapi kebanyakannya bukan untuk memahami dan mencungkil makna daripada apa yang dipelajari, tetapi untuk menghafalnya cukup untuk masa dua tiga minggu tempoh peperiksaan. Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa sebilangan terbesar murid-murid tidak ingat lagi perkara-perkara yang gigih dipelajarinya sebaik sahaja peperiksaan tamat. Para guru pula memang giat mengajar tetapi penumpuannya lebih kepada untuk menghabiskan sukatan pelajaran dan mencapai kecemerlangan peperiksaan. Benarlah pendapat Profesor Diraja Ungku Aziz sebagai pengerusi Majlis Peperiksaan Malaysia tidak berapa lama dahulu bahawa sistem pendidikan kita menggalakkan penghafalan bukan pemikiran. Justeru itu para murid lebih cenderung bergantung kepada jawapan contoh, hafalan dan soalan ramalan (spotted questions) daripada memahami konsep dan teori yang berkenaan.


Wan Mohd. Nor Wan Daud, 2003, Budaya Ilmu Satu Penjelasan, Singapura; Pustaka Nasional, hlm. 88

Tuesday, December 1, 2009

Ceritera 276

Tempat Terindah

Wahai Gembara - Kau
Nan luas telah merantau
Menikmat puspa nan mekar
Melihat seribu kawthar
Sebanyak negeri kau singgah
Di mana tempat terindah?

Tahukan di mana
Semesta alam berpunca
Indah damai tak terperi
Tiada iklim membandingi?
Di mana kekasih ada
Di situ tempat terpuja;
Meskipun lamanya sempit
Kurasa seluas langit.
Jejak kekasih di tanah
Ku anggap tempat bertuah
Walaupun tanahnya hampa
Di situ tempat bertapa.

Denganmu walau di hutan rimba
Di padang pasir panas menyala
Laksana Firdaus nikmat kuanggap
Ketebing kawthar jasad menyayap,
Gelap hidupku dalam penjara,
Asalkan Kau disitu ada,
Menjadi taman peri wajahmu
Semerbak mawar mekaran baru.

Prof. Syed Muhammad Naquib Al-Attas (1959)