v

Thursday, December 3, 2009

Ceritera 277

Budaya peperiksaan, dalam sistem pendidikan negara, telah menggantikan budaya ilmu. Para pelajar memang giat belajar tetapi kebanyakannya bukan untuk memahami dan mencungkil makna daripada apa yang dipelajari, tetapi untuk menghafalnya cukup untuk masa dua tiga minggu tempoh peperiksaan. Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa sebilangan terbesar murid-murid tidak ingat lagi perkara-perkara yang gigih dipelajarinya sebaik sahaja peperiksaan tamat. Para guru pula memang giat mengajar tetapi penumpuannya lebih kepada untuk menghabiskan sukatan pelajaran dan mencapai kecemerlangan peperiksaan. Benarlah pendapat Profesor Diraja Ungku Aziz sebagai pengerusi Majlis Peperiksaan Malaysia tidak berapa lama dahulu bahawa sistem pendidikan kita menggalakkan penghafalan bukan pemikiran. Justeru itu para murid lebih cenderung bergantung kepada jawapan contoh, hafalan dan soalan ramalan (spotted questions) daripada memahami konsep dan teori yang berkenaan.


Wan Mohd. Nor Wan Daud, 2003, Budaya Ilmu Satu Penjelasan, Singapura; Pustaka Nasional, hlm. 88

No comments: