v

Thursday, April 23, 2009

Ceritera 81


Adapun tuan punya diri ini baru sahaja pulang dari berpergian ke Tanah Tinggi Cameron. Penat badan tidak terkata, namun keseronokan ber'jaulah' bersama teman-teman seperjuangan mengatasi segalanya.

Hawa sejuk yang mencengkam namun membahagiakan, menikmati panorama keindahan pohon-pohon teh saujana mata memandang di samping cabaran meredah hutan belantara bersama-sama kawan-kawan ala-ala pasukan komando elit memburu petualang negara menjadi rencah "cuti-cuti Pharmacognosy" kali ini.

Di sebalik semua itu, aku sendiri berjaya menamatkan sebuah buku berjudul Three Cups of Tea edisi Young Reader. Sudah tentulah buku yang bertemakan teh menjadi teman sementalah tempat yang dikunjungi itu sinonim dengan tumbuhan tersebut.

Apa pun bukunya menarik dan membuatku terfikir beberapa perkara terutamanya dalam membuat perbandingan antara "kita dan mereka". Jika ada ruang dan peluang, akan kuceritakan intipati dan beberapa renungan yang timbul hasil pembacaan buku tersebut. Seperlunya, di mana sahaja berada, tabiat membaca harus diamalkan.

"The first time you share tea with a Balti, you are a stranger. The second time you take tea, you are an honored guest. The third time you share a cup of tea, you become family..."

p/s: Aku sedikit keliru di sini.

(1) Bunga mawar merah melambangkan cinta?
(2) Bunga mawar putih melambangkan cinta abadi atau persahabatan?
(3) Atau bunga mawar kuning melambangkan persahabatan?

Barangkali kalian ada jawapannya?

5 comments:

Ilham Nur said...

hehe, orang aloq staq tu tak wujudlah lina.

apa maksudnya bunga ni saty part lain, warna satu part lain, tak faham di situ.

Ilham Nur said...

Aha, tanya kat Lina pun rasanya mencukupi. Hehe.

Orang Aloq Staq memang wujud tapi bukan dalam konteks dan mauduk yang difahami.

Ilham Nur said...

Oo, ada edisi lain lagi. Orang Aloq Staq tak payah bagi apa-apa pun tak apa, hehe.

Tapi tertarik dengan merah jambu: seseorang mungkin sedang cuba mendekati dirimu!

Ilham Nur said...

Apakah itu? Haa, mulalah memasang sangka-sangkaan..

Ilham Nur said...

pink = abg am??? tidak mustahil. hehe