v

Tuesday, December 22, 2009

Ceritera 292

Malam tadi, aku menghadiri mesyuarat pertama projek buku IPHA. Untuk permulaan, projek ini dinamakan Fiqh Pharmacy.

Berat projek ini. Melihatkan namanya sudah membuatkan orang tidak berani dan berminat(mungkin?) untuk menyertainya. Buktinya, hanya Din dan aku daripada pelajar tahun tiga, Muzani dan Raja Afiq, pelajar tahun empat, 5 (atau 6?) orang pelajar tahun 2, dan seorang pelajar tahun 1.

Rancak sungguh IPHA di bawah kepimpinan baru ini. Banyak projek-projek baru yang dirancang dan diperkenalkan. Tambahan pula, semenjak kami berpindah ke bangunan baru. Bangunan sendiri yang tersergam indah sudah tentu sedikit sebanyak mencorakkan aktivisme budak-budak Kuliyyah Farmasi ini.

3 atau 4 tahun mengenal Din, presiden IPHA untuk sesi kali ini, tidak membuatkan aku terkejut jika ada banyak pembaharuan yang dilakukannya terutama sekali aktiviti-aktiviti yang melibatkan dengan IPHA. Tambahan pula bila ada Amin Mansor sebagai ketua Pub n Info. Makin lajulah IPHA bergerak. Tengok sahaja projek IPHAPRESS dan majalah yang akan dihidupkan semula selepas mati ketika tenure lepas.

Ya, pemimpin memang perlu kaya dengan idea. Lihat sahaja Tun Mahathir sepanjang beliau menjadi Perdana Menteri negara ini. Buy British Last dan Dasar Pandang Ke Timur, Wawasan 2020 merupakan antara agenda yang digerakkannya sepanjang dua dekad memegang tampuk kuasa. Baca sahaja buku Mahathir di Sebalik Tabir tulisan Zainuddin Maidin untuk memahami apa yang kutulis ini.

Sifat itu kudapati pula kepada dua orang sahabatku ini. Namun, yang menjadi apa yang menjadi kerisauanku, mampukah anak-anak buah mereka mengejar kelajuan pergerakan mereka.

Hal ini kualami apabila bekerja dengan Abang Mahadi, setiausaha ABIM Pahang ketika cuti semester dahulu. Kelajuannya menggerakkan aktiviti-aktiviti membuatkan aku dan beberapa orang lain yang terlibat keresahan kerana gagal mengikuti temponya. Madam Ilyani pun turut mengakui perihal kelajuan suaminya dalam kegiatan aktivisme ini. Mungkinkah ini kualiti orang yang mengikuti latihan bersama Cikgu Azmi, pengerusi TERAS sekarang, WALLAHUA'LAM.

Setiap pemimpin memerlukan pengikut dan setiap yang dipimpin memerlukan pula segolongan orang yang bergelar pemimpin. Untuk melaksanakan agenda, apa yang penting ialah bagaimana kedua-keduanya menyesuaikan dengan tempo masing-masing. Ibarat sebuah pasukan kawad, masing-masing perlulah bergerak seiring sejalan bagi menghasilkan persembahan yang sempurna dan menarik hati semua orang; baik yang menonton atau yang ditonton.

P/s: Bila saja Abang Mahadi menghantar mesej sepi tak bertepi ...

4 comments:

Amin Mansor said...

terharu ak...terima kasih che am. dh lama ak xkomen sbb xtau nk komen apa. yg ni boleh la aku komen.ehehhe..

yg majalah dlm perancangan lg. hopefully dpt publish la sem ni. dgn content yg very informative!

Ilham Nur said...

Haha. Dah lama aku tak tulis benda yang dalam lingkungan.

Hope, we all will reach the decided destination with the good leadership and followership.

aizuddin mohd noor said...

tima ksh che am..terharu gak ak..yelah plg ak risau jg 'pasukan kawad' ni..ad perbezaan antara seorg CEO dan anak2 buahnya dan antara pemimpin parti politik dan rakyat pimpinanya..tp alhamdulillah ak sgt bersyukur, exco ipha tenure ni adalah yg terbaik dan dlm ms yg sama kita perlukan ahli2 yg tinggi semangat aktivisme..tgk sj pilihan raya umum yg lepas, parti politik yg mempunyai aktivis2 yg hebat mampu memenangi pilihan raya dgn cemerlang tp parti yg lemah semangat aktivismenya mudah saja kalah..yg terakhir..antara rahsia kejayaan tun mahathir, beliau mempunyai think tank yg hebat..thanx che am..

Ilham Nur said...

Din, try to practice Servant Leadership. Mungkin buku God is My CEO tulisan Larry Julian dapat membantu.

P/s: Din, siapa think thank kau? :p