v

Saturday, February 27, 2010

Friday, February 26, 2010

Pharmacy and Islam

1. In the scientific medical tradition in Islam, pharmacology (dealing with simple medicines) and pharmacy (dealing with compound medicines) are sharply distinguished and practically always treated in separate works, but they receive about equal treatment.

2. In the Prophetic Medicine tradition pharmacology is more prominent than pharmacy.

3. In the Greek tradition, too, the term graphidion applied to synthetic medicines or pharmacy means "the small treatise" (the Arabic aqrābādhīn comes from the Greek through Syriac mediation).

4. But in Islam pharmacology, or the science of materia medica, became far more highly developed than it was among the Greeks and until recently was regarded by Western historians of medicine as the main contribution of Islam to medicine.

5. The development of pharmacology in Islam probably owes much to the great religion emphasis placed upon it by the representatives of the Prophetic Medicine.

Source: Fazlur Rahman, Health and medicine in the Islamic tradition : change and identity, Kuala LumpurS. Abdul Majeed, Kuala Lumpur, 1993

Colloquium

Colloquium = kolokium = perjumpaan atau persidangan untuk membincangkan perkara yang biasanya bersifat ilmiah.

Wednesday, February 24, 2010

Dampingi Dan Bukannya Musuhi Ilmuan : Raja Nazrin

KUALA LUMPUR, 23 Feb (Bernama) -- Kekayaan intelek negara harus terus ditambah melalui usaha yang memberikan dorongan dan keyakinan kepada ilmuan dan bukannya mewujudkan persekitaran politik yang memusuhi kumpulan itu, titah Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah.

Baginda bertitah kejatuhan sesebuah negara bermula dengan kemunduran negara disebabkan budaya dan persekitaran politik yang membunuh perkembangan intelek kerana sifat takut dan gentar pimpinan yang sedang berkuasa yang merasakan kedudukan mereka mungkin tercabar.

"Pemikiran politik sedemikian amatlah destruktif. Pimpinan yang stabil dan negara yang maju sentiasa memilih pendirian untuk mendampingi dan bekerjasama dengan ilmuan," titah baginda pada pelancaran buku "Knowledge, Language, Thought and the Civilisation of Islam: Essays in Honor of Syed Muhammad Naquib Al-Attas" di sini hari Selasa.

Buku setebal 566 muka surat itu memuatkan 22 esei daripada 24 sarjana seluruh dunia itu dan berharga RM108 bagi kulit tebal dan RM80 bagi kulit biasa.

Raja Dr Nazrin Shah bertitah usaha memuliakan ilmuan adalah usaha yang amat konstruktif memandangkan seseorang ilmuan itu memiliki kehebatan yang lebih istimewa dan lebih tulen.

Titah baginda pengiktirafan yang diabadikan kepada ilmuan adalah lebih berkekalan, lebih berpanjangan dan lebih berterusan sehingga melangkah ke pasca hayatnya dan ia tidak sekadar semasa ilmuan itu masih bernyawa atau sedang menyandang jawatan tertentu.

"(Ini) Berbanding dengan penghormatan seorang Raja ataupun Ratu, seorang Presiden atau seorang Perdana Menteri yang boleh sementara sifatnya, didewakan bagai dewata ketika berada di tampuk kuasa, kemudiannya terhenti dan begitu cepat serta mudah dilupakan setelah muncul pengganti yang baru," titah baginda.

Baginda juga berharap semoga kebijaksanaan pemikiran Prof Syed Muhammad Naquib akan terus berkembang dan disuburkan.

"Beliau telah diangkat oleh Ilahi berada di altar lebih tinggi dalam dunia dan didewasakan, telah juga dianugerahkan daya lihat yang amat tajam dan mata hati yang amat terang," tambah baginda.

Prof Syed Muhammad Naquib pernah menghasilkan 29 penerbitan dalam pelbagai aspek pemikiran dan tamadun Islam, khususnya subjek menyentuh kosmologi, metafizik, falsafah dan bahasa, selain telah menyampaikan lebih 400 syarahan umum di negara-negara Asia, Amerika Syarikat dan Eropah.

-- BERNAMA

P/s: Kalau tidak silap, aku beli buku ini dengan harga RM89.

Monday, February 22, 2010

Monday Blues

Seringkali ketibaan isnin disambut dengan perasaan semacam,  yang di dalam Bahasa Inggerinya lebih dikenali sebagai Monday Blues. Aku pun tidak terkecuali mengalaminya. Hampir setiap minggu, kehadiran perasaan itu dapat dirasai, tambah-tambah bila dua hari cuti sebelumnya dipenuhkan dengan berehat-rehat sahaja.

Memburukkan keadaan apabila hari isnin dijadualkan untuk menghantar tugasan-tugasan asasi seorang pelajar farmasi seperti assignment dan lab report. Selain itu, berdiri dan bercakap di depan orang ramai seperti pembentangan dalam seminar dan diskusi dalam PBL boleh juga menjadi pemangkin kepada kewujudan Monday Blues.

Isnin tetap akan wujud sampai hari kiamat. Monday Blues, Monday Red, Monday Green, Monday Purple, namakan apa sahaja, hari Isnin perlu juga dilalui. Jadi untuk hari Isnin minggu ke 12 ini, aku belajar Therapeutic Intervention in Alcoholism yang diajar oleh Dr. Wan, Sign and Symptoms of acne, dermatitis and eczema, diajar oleh Madam Zaswiza dan Anxiety and Sedative Hypnotics yang disyarahkan Dr. Razak. Selepas itu, ada pula kelas tutorial CNS yang dikendalikan oleh Dr. Wan.

Untuk sesi Therapeutic Intervention in Alcoholism aku belajar lima bahan yang digunakan untuk merawat alcoholism iaitu:

1. Disulfiram/Antabuse
2. Naltrexone
3. Acampral/Campral
4. Topiramate
5. Benzodiazepines 

Selain itu di akhir kelas, Dr. Wan ada menekankan tentang beberapa berkaitan pelajaran yang diajarnya. Beberapa isi penting yang ditekankannya yang sempat kucatat ialah:

1. Alcohol - effect, metabolism (especially role of actyldehyde dehydrogenase) and fetal alcohol syndrome.
2. Disulfiram - effect, 'hangover' and dose.

Selepas tamat kelas Dr. Wan, menyusul pula giliran Madam Zaswiza untuk mengajar. Jujurnya, pelajaran yang diajar Madam Zaswiza hari ini susah. Susah kerana terpaksa membezakan pelbagai jenis penyakit kulit yang pada umumnya hampir kelihatan sama. Perkara kedua yang menambahkan kesukaran ialah istilah-istilah dermatologikal yang perlu dikuasai. Penting untuk menguasai istilah-istilah ini untuk mengelakkan kekeliruan yang terjadi kepada sebahagian kawan-kawanku yang menyamakan Narcotics dengan Nicotine ketika peperiksaan Drug Abuse yang lalu. 

Antara istilah-istilah penting yang sempat kurakam dalam memori (terakam dalam memori sebab malas mencatat)dan dibantu dengan merujuk buku Merck's Manual ialah:

1. Atrophic skin
2. Erosion
3. Excoriation
4. Lichenification
5. Macule
6. Nodule 
7. Papule
8. Plaque
9. Pustule
10. Vesicle

Dalam banyak-banyak istilah, Papule dan Pustule, dua perkataan yang betul-betul kuingat. Papule tiada nanah, dan pastule ada nanah.

Memandangkan terlampau banyak penyakit kulit yang dipelajari, ditambah lagi dengan kesusahan untuk membezakan setiap satunya, maka tidak semuanya penyakit-penyakit kulit dalam kelas Madam Zaswiza tadi kunyatakan di bawah ini. Antara penyakit-penyakit itu ialah:

1. Atopic Dermatitis
2. Nummular Dermatitis
3. Rosacea
4. Acne

Banyak lagi yang tidak kunyatakan dalam senarai di atas, lapan atau lebih lagi penyakit-penyakit kulit yang diajarkan. Kena rujuk balik nota Madam Zaswiza dan cari buku dermatologi di perpustakaan - dua tugas selepas ini.

Rehat 30 minit selepas kelas Madam Zaswiza. Lepak di surau sambil mengulangkaji Islam Dalam Sejarah Dan Kebudayaan Melayu tulisan Prof. Syed Muhammad Naquib Al-Attas. Usai rehat, kembali ke kelas menyaksikan Dr. Razak sudah sedia untuk mengajar. Dalam buku Lippincott's Illustrated Review Pharmacology, pelajaran Dr. Razak hari ini berada di bawah topik 9: Anxiolytic and Hypnotic Drugs.

5 tambahan ubat oleh Dr. Razak untuk difahami dan dikekalkan dalam kotak memori bagi sesi kali ini ialah:

1. Benzodiazepines such as diazepam
2. Barbiturates such as phenobarbital
3. Buspirone
4. Zaleplon
5. Zolpidem

Kelas terakhir untuk hari ini milik Dr. Wan. Tutorial dan revisi semua yang telah dipelajari dalam CNS sebelum ini. Meningkat adrenaline apabila mendengar gasakan soalan Dr. Wan dimangkinkan dengan ketidakbersediaan diri kerana tidak mengulangkaji. Daripada pain sehinggalah opioid analgesic, masih ada lompong-lompong yang perlu diisi dalam masa 3 minggu ini, sebelum peperiksaan akhir. Harus memburu 27.5 markah lagi untuk tidak mengulang subjek CNS dalam semester terakhir.

"Education is a journey, not a destination"

Sunday, February 21, 2010

Saturday, February 20, 2010

Jumaat yang berlalu

Cepat betul masa berlalu. Pejam celik, pejam celik, hari jumaat tiba lagi. Masih berbekas saat-saat bersenang-lenang pada hari jumaat lepas. Berbeza dengan hari ini, hampir keseluruhan hari berada di dalam kampus, menadah ilmu di dalam dan di luar kelas.

Pukul lapan sehingga sembilan, ada seminar Herbal Medicine. Untuk hari ini, tiga orang membentangkan tumbuh-tumbuhan daripada ekspedisi kumpulan masing di Hutan Simpan Galing beberapa minggu lepas. Secara ikhlasnya, aku tidak dapat menyerap butiran yang dibentangkan Cagan, Lutfi dan 'Atiqah. Jadi, untuk kelas pertama hari ini, jasad sahaja yang ada, jiwa melayang entah ke mana.

Pukul sembilan, Dr. Wan Azizi menyambung sesi pembelajaran hari ini. Dr. Wan mengajar AICA, lebih khususnya Antihelmintic drugs. 8 jenis ubat semuanya:

1. Albendazole
2. Mebendazole
3. Thiabendazole
4. Pyrantel pamoate
5. Piperazine
6. Niclosamide
7. Diethylcarbamazine
8. Ivermectin

 Ubat ada lapan jenis, penyakit-penyakit yang ditekankan oleh Dr. Wan pula ada tiga iaitu:

1. Ascaris
2. Filariasis
3. Tapeworm

Tidak sampai sejam Dr. Wan mengajar. Selepas makan-makan di cafe RnR, Amin mengajak aku naik ke bilik Dr. Razak menanyakan perihal Ketonazole atau Ketoconazole. Sampai berhampiran bilik Dr. Razak, kelihatan kelibat beberapa orang sisters menunggu di luar bilik. Rupanya di dalam bilik, Dr. Razak tengah melayan beberapa orang brothers.

Selesai Amin menanyakan masalah Ketonazole atau Ketoconazole, aku menunggu brother yang sedia ada dalam bilik berurusan dengan Dr. Razak - tentu sekali tentang markah peperiksaan pertengahan semeseter AICA dan Sensory System. Selepas mendengar markah kawan-kawan yang lain, tibalah masanya aku mengetahui hasil yang telah kulakukan di dalam dewan peperiksaan.

Seperti yang aku jangka, gagal dalam Sensory, lulus dalam AICA. Maknanya, sudah ada dua subjek yang lulus dan satu subjek yang gagal. Alhamdulillah, walaupun gagal, markah Sensory yang diperolehi tidak jauh sangat dengan markah yang diperlukan untuk lulus. Yang menariknya, untuk tiga-tiga subjek yang telah diketahui keputusannya, ada semacam badi pada soalan-soalan short note yang kujawab. Alhamdulillah, kali ini soalan long essay yang dijawab menyelamatkan aku daripada memperolehi markah yang teruk.

Setibanya di kelas selepas selesai urusan dengan Dr. Razak, Dr. Kyi Kyi Tha sudah sedia mengajar. Aku tidak dapat fokus pada Therapeutic Intervention yang diajar oleh Dr. Kyi. Masih terfikir-fikir tentang markah peperiksaan yang baru diterima, mungkin. Selepas kelas Drug Abuse ini, Dr. Kyi kembali mengajar, kali ini dalam subjek Endocrine and Reproductive System.

Hari ini kami memasang telinga mendengar Dr. Kyi bersyarah tentang Oral and Implantable Contraceptives. Ada 4 kelas terbesar oral contraceptives yang disyarahnya:

1. Combination pills
2. Progestin pills
3. Progestin implants
4. Postcoital contraception

Dalam kelas ini ada juga Dr. Kyi menyentuh dan menekankan tentang Tamoxifen, sejenis selective estrogen receptor modulators yang digunakan untuk merawat oestrogen sensitive breast cancer.

Kelas tamat jam 12.20. Singgah di gerai McG membeli juadah tengah hari. Pulang ke rumah di IM6 sebelum pergi solat jumaat di Masjid Tengku Ampuan Afzan. Hari ini khutbah berkaitan judi.

Pukul tiga, ada kelas Herbal Medicine yang diajar Dr. Azian. Belajar tentang Common Malaysia Herbs. Dr. Azian mengajak berkenalan tujuh jenis herba di Malaysia:

1. Tongkat Ali
2. Kacip Fatimah
3. Misai Kucing
4. Patawali
5. Hempedu bumi
6. Senduduk
7. Cekur

Ada di slaid Dr. Azian, nama Jamia yang menjadi rujukan berkenaan kajian farmakologi kacip fatimah. Aku syak nama Jamia yang terpampang itu merujuk kepada Prof. Madya Dr. Jamia Adzina Jamal, Timbalan dekan di Fakulti Farmasi UKM. Dr. Azian ada juga menyebut tentang seorang penyelidik herba di USM, Prof. Zhari. Prof. Zhari yang disebut ini, kalau tidak silap, bapa kepada Ahmad yang belajar di Kuliyyah Sains.

Pukul empat, ada mesyuarat PBL. Nasib baik, aku dapat bahagian paling senang, risk factors of osteoporosis. Usai PBL, pergi pasar malam. Orang masih tidak ramai, malah ada peniaga yang baru buka gerai. Beli 'sedikit' juadah dan pulang.

Malam selepas isya', patut ada kelas tasmi'. Namun, Ustaz tidak muncul-muncul. Arif, Buk dan kawan-kawan yang lain pun tidak kelihatan kelibat masing-masing menyebabkan aku balik ke rumah. Sampai di rumah, mengajak kawan-kawan yang ada untuk pergi ke audi KOP, mendengar ceramah agama. Semua ada urusan, kecuali Abu.

Bersama-sama Abu, aku pergi mendengar ceramah yang disampaikan Ustaz Tengku Fauzi Mohd Jumat, ahli Majlis Fatwa Singapura. Ceramah berkisar tentang cinta kepada Nabi Muhammad S.A.W. Ada juga persembahan qasidah daripada adik-adik daripada Terengganu. Di akhir majlis, al-fadhil Ustaz mengijazahkan tujuh jenis selawat kepada hadirin.

Habis majlis ilmu, kemaskini blog dengan mengirimkan entri ini dan kemudian kembara mimpi. Jadi, inilah hari Jumaat, 5 Rabi'ul Awwal 1431 Hijrah yang kulalui.

Thursday, February 18, 2010

Oh Tuhan! Bantulah aku untuk mengingati semua ini


Antiviral drugs


1. For respiratory virus infections (5)

(a) Neuraminidase inhibitors
Oseltamivir
Zanamivir


(b) Inhibitors of viral uncoating
Amantadine
Rimantadine


(c) Ribavirin




2. For HIV infections (14)


(a) NRTI
Zidovudine (AZT)
Didanosine (ddI)
Zalcitavine (ddC)
Stavudine (d4T)
Lamivudine (3TC)


(b) NNRTI
Nevirapine
Delavirdine
Efavirenz
Loviride


(c) NtRTI
Tenofovir


(d) HIV protease inhibitors
Saquinavir
Ritonavir
Indinavir
Nelfinavir
Amprenavir


(e) Viral fusion inhibitor
Fuzeon




3. For herpes and cytomegalovirus infections (5)


(a) Acyclovir
(b) Ganciclovir
(c) Penciclovir
(e) Famciclovir
(f) Valacyclovir




Antifungal drugs (8)

1. Amphotericin B

2. Imidazoles
(a) Ketonazole? Ketoconazole?
(b) Miconazole (topical)
(c) Clotrimazole (topical)


3. Triazoles
(a) Fluconazole
(b) Itraconazole


4. Flucytosene


5. Nystatin (topical)

Ya ALLAH, ini baru sahaja ubat-ubat yang diajar oleh Dr. Razak dalam subjek AICA setakat hari ini. Ada 32 semuanya.  Belum ditambah dengan apa yang diajar oleh Dr. Wan, otak sudah sedia lelah dan capik dibuatnya.

Ubat-ubat dalam AICA pun sudah tidak terjangkau, apatah lagi ubat-ubat dalam CNS, endocrine, reproductive dan lain-lain. Ada lagi akta itu, akta ini, pokok itu, pokok ini yang perlu dihafal. Oh Tuhan, bantulah kami untuk menghadapi semuanya ini...

Kak Waheed - update

E-mel from Kak Shazni:

Salam to all

Update on Wahida:

1. Alhamdulillah she has been discharge from hospital yasterday, and shall be resting at home hence after.

2. Wahida was admitted for non neutropenic sepsis noted upon her chemo session. As Dr Azwan mentioned, her Hb plummet to 6.3g/dl and was tranfused with 2 pack cell and started on antibiotic. Her WCC and other blood indices are otherwise stable. She is feeling much better and her high grade fever has settled.

3. She is diagnosed with HL stage IV as per involvement of the liver. Her team is at this stage arranging for more test  to ensure it's not NHL instead d/t her disease presentation.

May she stay strong and always within His benevolent rahmah and love

Best of doa and warmest regards to all
Shazni 

Tuesday, February 16, 2010

Separuh masa kedua

Setelah beberapa hari menjalani hidup ala-ala Robinson Crusoe, kehidupanku kembali menjadi seperti biasa. Pelik dan kagum apabila melihat orang yang antisosial menjalani kehidupan mereka sedangkan lima hari tanpa rakan-rakan pun sudah buatkan aku tidak keruan.

Berakhirnya cuti Tahun Baru China menandakan sepak mula perjuangan separuh masa kedua untuk semester ini. Rupa-rupanya ada lima minggu lagi sebelum peperiksaan akhir bermula. Sambil mencongak-congak keputusan peperiksaan pertengahan semester yang telah dilalui, 'enjin' harus perlu dipanaskan dan digerakkan secepat mungkin.

Lima minggu yang bakal ditempuhi bukan satu jangka masa yang lama mengambil kira beban dan jadual akademik sebagai pelajar farmasi. Tambahan pula sudah berada di tahun ketiga pengajian, period yang boleh dianggap sebagai kemuncak kesibukan, sudah tentu menuntut kosistensi dan kesungguhan untuk terus bertahan menghadapi pertarungan yang kian getir. 

Perjuangan semestinya menuntut pengorbanan. Pada saat kerinduan terhadap keluarga seringkali menggamit diri terutamanya dalam saat-saat bersendirian, demi sebuah kelangsungan, tekad harus dipasak sekukuh-kukuhnya. Telah kupateri dalam hati kalimah-kalimah ini "masuk bersama mereka, keluar pun mesti dengan mereka. Biar sekelam mana perjalanan ini, aku tetap mempercaya, ada sinar yang menanti di hujung terowong, INSYA' ALLAH.

Sunday, February 14, 2010

Jumaat, sabtu, ahad

Jumaat:
Makin ramai yang balik. Petangnya, yang masih tinggal, aku, Helmi Rahmat, Mat Shahril dan Matmin. Sempat ke pasar malam petang itu. Malamnya, Helmi dan Mat bertolak ke KLIA. Aku tinggal seorang di dalam bilik Helmi Rahmat dengan rasa cuak sekali mengenangkan sudah dua kali rumah ini dimasuki pencuri.


Sabtu:
Lah, Sham, Acap dan aku yang masih tinggal. Rupanya, Iqbal pun tidak balik ke Raub. Iqbal datang berziarah, meminjam buku Mat Kilau, Lembing Awang Pulang ke Dayang dan God is My CEO. Malamnya, aku keluar mencari sesuap nasi. Mujur Abang Di di mahallah IM2 membuka kedai. Cuti-cuti begini, susah diramal kedai makan mana yang dibuka. Sempat beli Nasi Goreng USA bungkus sebelum pergi Tunas Manja. Bahang Tahun Baru Cina terasa di Tunas Manja. Dalam hati, inilah Satu Malaysia! Balik rumah, menjadi 'jaga' rumah nombor 10 berpengkalan di bilik Helmi Rahmat meninggalkan Lah menjaga rumah nombor 8.

Ahad:
Rutin yang sama seperti Jumaat dan Sabtu. Baca buku kemudian tertidur. Baca buku kemudian tertidur. Baca buku, tertidur dan mengemPES. Walaupun begitu, hampir habis juga koleksi esei tentang Khomenei. Performance yang tidak membanggakan langsung. Petang, sebelum maghrib, akhirnya muncul juga kelibat yang ditunggu-tunggu - Abang 'jaga'! Syukur.

Thursday, February 11, 2010

10 Tokoh Sarjana Islam Paling Berpengaruh

Membaca biografi tokoh-tokoh besar boleh merangsang motivasi kita untuk menuruti jejak-jejak yang telah ditinggalkan figur-figur tersebut. Buku tulisan Dr. Mohd Rumaizuddin Ghazali, seorang pensyarah di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan penasihat di Future Global Network  merupakan salah sebuah tulisan yang termasuk dalam kategori penulisan yang menginspirasikan.

Sebagai contoh pada muka surat 151 dan 152, pengarang buku ini memperihalkan bapa Dr. Wahbah al-Zuhayli (dalam bab Dr. Wahbah al-Zuhayli - Mufassir dan Ahli Fiqh Terkenal Abad ini - al-Sayuthi al-Thani), salah seorang ulama' kontemporari kelahiran Syria yang membuatkan saya berfikir dalam-dalam, membandingkannya dengan kehidupan yang sedang jalani.

Bapanya Haji Mustafa al-Zuhayli adalah seorang yang terkenal sebagai orang soleh dan takwa. Beliau bekerja sebagai petani dan peniaga. Beliau sentiasa memberi semangat kepada anak-anaknya menuntut ilmu. Bapanya seorang hafiz yang sentiasa membaca al-Quran pada setiap malam dari jam dua pagi sehingga terbit fajar. Ibunya bernama Hajah Fatimah bin Mustafa Sa'adah, seorang yang kuat berpegang pada ajaran agama. Beliau meninggal dunia pada 13 Mac 1984. (m/s 191 - 192)

SubhanALLAH, betapa membaca perenggan ini membuatkan kita merumuskan kepentingan keperibadian ibu bapa memainkan peranan dalam mencorak peribadi anak-anak. Contoh lain yang boleh didapati dalam buku ini berkenaan peranan ibu bapa dalam pembentukan anak-anak dapat dilihat dalam kisah Syeikh Muhammad al-Mutawalli al-Sya'rawi (dalam bab Syeikh Muhammad al-Mutawalli al-Sya'rawi - Tokoh Tafsir Mesir Abad 21) pada muka surat 138 dan 139.

Satu peristiwa terpenting yang merubah segala-galanya apabila bapanya meminta beliau melanjutkan pelajaran di al-Azhar, Kaherah. Pada masa itu, beliau hanya ingin tinggal bersama-sama saudaranya di kampung dan menjadi petani. Menurutnya, pada zaman kanak-kanak, beliau tidak mempunyai cita-cita atau keinginan tertentu. Baginya, cukuplah apa yang ada di sekelilingnya iaitu menjadi petani dan bekerja di situ.

Namun, keinginan ayahnya yang kuat mahukan beliau belajar di Kolej al-Azhar apabila beliau tamat menghafal al-Quran. Beliau pernah membuat berbagai-bagai helah supaya tidak masuk ke Kolej al-Azhar kerana minta beliau hanyalah menjadi petani. Beliau memasukkan habuk tanah ke dalam matanya supaya menjadi rabun dan ditolak semasa peperiksaan kesihatan dilakukan. Namun, helah ini tidak berjaya kerana kolej itu menerima orang buta. Beliau cuba berlakon gagap lupa ketika ujian hafalan al-Quran. Namun, guru itu tetap menerimanya sebagai pelajar.

Helah ketiga adalah meminta ayahnya membeli kitab-kitab yang besar dan mahal harganya di kedai dengan mengatakan ini adalah silibus kolej. Ayahnya memenuhi permintaannya itu dan berkata, "Wahai Amin (gelaran yang diberikan oleh ayahnya), janganlah kamu menyangka aku tidak tahu semua buku-buku itu bukanlah silibus untuk kamu. Harga buku silbus kamu tidak sampai 37 Qurus (sen) sahaja. Tetapi wahai anakku, semoga ALLAH memanfaatkan kamu dengan buku-buku ini."

Peristiwa inilah yang merubah hidupnya untuk mendalami ilmu dan membaca buku-buku yang mutakbar. Beliau memasuki Kolej Agama Zaqaziq pada tahun 1930an dan mendapat Sijil agama pada tahun 1936.
(m/s 138 - 139)

Sokongan bapa dan kesedaran yang timbul dalam diri Syeikh Sya'rawi menjadikan beliau sebagai seorang ulama' besar seperti yang kita ketahui sekarang ini. Berputik daripada gara-gara helah Syeikh Sya'rawi yang tidak menjadi terhadap bapanya menyebabkan beliau bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu, lain pula halnya dengan apa yang terjadi kepada seorang pemikir Islam, Muhammad 'Imarah (dalam bab Muhammad 'Imarah - Pemikir Islam yang Unggul dari Mesir) yang mana kesungguhan dan pengembaraannya dalam mendampingi ilmu dicetuskan dengan warisan 3000 buah buku seorang penuntut Universiti al-Azhar di kampungnya.

Menurut Muhammad 'Imarah lagi, ada satu peristiwa yang menyebabkan pembentukan pemikirannya iaitu ada seorang al-Azhari yang alim di kampungnya. Beliau memiliki perpustakaan peribadi yang melebihi dari tiga ribu naskah buku. Ditakdikan ALLAH, apabila beliau tamat pengajian di peringkat kolej beliau telah meninggal dunia dan buku-bukunya ini tidak dapat dibaca oleh ahli kelurganya. Lalu saya membeli kesemua buku-buku itu. Sejak itu, beliau mula membaca syair-syair dan falsafah Barat. Perkara ini yang menambahkan pemikirannya di samping pelajaran yang dipelajar di al-Azhar. (m/s 62 - 63)

Selain kisah tiga tokoh di atas, buku ini mencatatkan kehidupan dan perjuangan 7 tokoh lain yang tidak kurang menariknya untuk dibaca dan diteladani:

1. Mustafa Al-Syiba'iy - Tokoh Kebangkitan Syria

2. Dr. Yusuf Musa - Ulama' Reformis dan ahli falsafah al-Azhar

3. Mahmud Shaltut - Tokoh Pembaharuan Universiti al-Azhar

4. Muhammad al-Ghazali - Pemikir Dakwah dan Pembela Islam

5. Abu Hassan Ali al-Nadawi - Ulama' Rabbani dari India

6. Syeikh Ismail Sodiq al-Adawi - Imam Masjid al-Azhar

7. Dr. Yusuf al-Qaradawi - Sejarah Hidup dan Pemikiran

Tulisan Dr. Rumaizuddin yang juga mantan Timbalan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) ini sebenarnya boleh juga dijejaki dan dibaca di laman sesawang Minda Madani. Koleksi tulisan beliau di laman tersebut kemudiannya dikumpul dan dibukukan oleh PTS Islamika, dijual pada harga RM20. Kesimpulannya, kehadiran buku ini sedikit sebanyak membantu umat Islam di Malaysia terutamanya penutur Bahasa Melayu untuk mengenali tokoh-tokoh agamawan yang seringkali terpinggir dek kerana kebanjiran idola, kemarau tauladan - meminjam istilah Dato' Dr. Siddiq Fadzil.

Wednesday, February 10, 2010

Food for thought

1. Know something about everything, and know everything about something. (Quote from Dr. Farahidah's husband, Bro. Mohd Affendi Mohd Shafri)

2. Cum Deus calculat et cogitationem exercet, fit mundus: “When God calculates and thinks things through, the world is made. (Leibniz on Dialogus)

Sunday, February 7, 2010

Catatan tengah malam

Aku baru tersedar daripada tidur. Selesai sahaja membaca satu bab novel Maryamah Karpov pemberian Kak Wahid, aku tutup buku itu untuk membaca buku lain yang lebih berat. Namun, entah bagaimana, tanpa disedari aku terus terlelap di atas katil.

Ada dua faktor yang merencat pergerakanku hari ini. Satu, tayar motorku pancit dan dua, kepala diserang migraine. Dua hari motor putih itu tersadai membuatkan niatku untuk 'berfoya-foya' di hujung minggu sedikit terbantut. Tanpa motor, terasa dunia ini sempit dibuatnya. Untuk bergerak ke sana-sini pun terpaksa mengharap kepada orang lain. Mujurlah siang tadi kepala diserang migraine. Mahu tidak mahu, terpaksalah duduk dan tidur di rumah sahaja.

Paginya sebelum diserang migraine, sempat juga ke Taman Pertanian menyertai phytochemical expidition. Pada awalnya dikhabarkan untuk membantu para pensyarah sahaja. Tetapi selepas kelibat Dr. Razak dan Dr. Taher tidak muncul, watak sampingan seperti yang dikhabarkan bertukar menjadi watak utama. Kepalaku yang sudah berasa tidak selesa menyebabkan aku sedikit pasif membantu Payak mengetuai lima orang adik-adik Sultan Abu Bakar School (SABS).

Tugas ad-hoc yang diterima ini membuatkan aku sedikit blurr sepanjang program. Ditambah dengan soalan-soalan yang ditanyakan oleh guru-guru pengiring dan pegawai-pegawai Jabatan Pendidikan, aku sedikit ralat dengan peranan yang dimainkan hari ini. Hanya sedikit pengalaman yang berbekas pada memori ketika memasuki tempat yang sama 2 minggu lepas sedikit sebanyak menyelamatkan keadaan. Bagai fasi tanpa modul, itulah perkataan yang terbaik yang menerangkan keadaan aku dan juga mungkin Payak.

Keluar dari Hutan Simpan Galing sebelum matahari tegak di atas kepala, kulihat stokin kiriku kedapatan tompok darah yang agak besar. Minat sungguh cik Lin (lintah) dengan aku, haha. Dua minggu lepas, sampai di rumah baru kusedar ada Cik Lin yang naik sampai ke pinggang. Perkara yang paling leceh dan malas dilakukan apabila dibaham lintah ialah untuk menyental pakaian yang terkena darah. Tambah-tambah kalau pakaian itu berwarna putih atau cerah seperti stokinku yang menjadi mangsa hari ini.

Pulang dari Taman Pertanian, migraine di kepala makin teruk menggasak. Aku rasa faktor yang menyebabkan migraine datang menyerang ialah Cicardian Rhythmku yang terganggu hari sebelumnya. Dek kerana keletihan, aku terlelap di ruang tamu sembari lampu kalimantang masih bernyala. Bila fitrah badani tidak dituruti, nah, tanggunglah akibatnya. Alhamdulillah, syukur, sakit yang membelenggu akhirnya hilang setelah pelbagai cara diikhtiarkan seperti menelan Milidon 650.

Ketika aku berada di Taman Pertanian, Faciteam sedang mengadakan Facilitator Special Training (FST). Dengarnya, Abang Firdaus Ujang (Dr.), Chief Coordinator Faciteam kedua pun ada sekali. Mula-mulanya, mahu juga menampakkan batang hidung, tetapi selepas motor dan kepala mengalami gangguan, niat tinggal niat sajalah. Mohon maaf kepada yang mengirim sms memintaku datang. Kebelakangan ini, perasaanku berbisik menyatakan makin lama makin jauh rasanya dengan Faciteam ini. Sejak tidak berjawatan lagi, makin jarang aku bersama persatuan ini. Entahlah, bila banyak perkara menuntuk komitmen kita, ada perkara yang terpaksa dikorbankan...

Walaupun sudah agak jarang bersama, perjalanan Faciteam masih kuikuti sedikit sebanyak melalui blog, Facebook dan bertanya sendiri kepada hardcore-hardcore Faciteam seperti Irwan. Dari tahun ke tahun sistem yang dilaksanakan persatuan ini semakin kemas. Daripada sebuah persatuan yang bermula dengan 'kesedaran sosial', semakin lama usianya kematangannya dapat dilihat melalui kewujudan sistemnya. Seronok melihat wajah-wajah baru mengisi ruang yang ditinggalkan oleh para perintis dahulu. Tambah seronok apabila melihat muka-muka lama seperti Kak Suhaili Naim dan Ilman terus komited mendidik muka-muka baru ini. Yang tidak seronoknya ialah kehilangan muka-muka lama seperti aku ini...

Tetapi tidak mengapalah, tanpa muka-muka lama ini Faciteam tetap dapat terus menabur bakti. Biarlah tanpa promosi dan tidak seglamour mana, ahli-ahli persatuan ini faham dan tahu apa yang dilakukan. Contoh kefahaman terbaik ialah apa yang dimiliki oleh Abang Firdaus Ujang, walaupun dalam kesibukan bergelar houseman masih juga dapat turun ke Kuantan menurunkan sedikit sebanyak ilmu yang dimilikinya kepada pewaris Faciteam. Sedikit masa lagi, insya' ALLAH, pengasas Faciteam, Abang Jep akan berada di Kuantan menjadi pensyarah di Kuliyyah Perubatan. Harap-harap dengan kehadirannya, sedikit sebanyak dapat memberi suntikan semangat kepada persatuan yang hampir mencecah satu dekad ini.

Bila menulis tentang Faciteam, automatik aku teringat pada Kak Wahid. Kelmarin Kak Ili ada memberitahu Kak Wahid akan bergerak ke Kuala Lumpur pada pagi sabtu. Moga selamatlah semua hendaknya. Aku harap Kak Wahid yang kukenal ini terus tabah melawan kanser darah yang dihidapinya ini. Dulu, pertama kali aku dapat tahu berita ini, aku pun turut tertekan. Tertekan sampai migraine datang menyerang...

Inilah catatan tengah malam. Untuk semua yang membaca blog, moga kita terus kuat menghadapi cabaran kehidupan ini. Untuk hari yang berlalu, kita jadikan sebagai kenangan. Untuk hari yang mendatang, kita jadikan sebagai harapan. Untuk hari yang sedang dilalui, kita jadikan sebagai kenyataan. 


"Yesterday is History, Tomorrow a Mystery, Today is a Gift, Thats why it's called the Present"

Friday, February 5, 2010

Zaman gelap

Kelmarin ada kelas Anti Infective & Cytotoxic Agent (AICA). Seperti kelas-kelas sebelumnya, Dr. Razak yang mengajar subjek ini. Kali ini kami belajar tentang ubat anti-virus yang digunakan untuk influenza termasuklah selesema burung, selesema bermusim (seosanal flu) dan selesema oink, oink (swine flu).

Hanya empat jenis ubat yang kami pelajari; amantadine, rimantadine, zanamivir dan oseltamivir atau pun tamiflu yang popular ketika pandemik H1N1 tahun lepas. Dalam kelas yang kami dipeningkan dengan mechanism of action dan segala macam sifat-sifat ubat-ubat selesema tersebut, sempat juga Dr. Razak menyingkap kembali apa yang berlaku pada tahun lepas.

Bila Dr. Razak bertanya kepada kelas apa yang terjadi kepada Amerika Syarikat setahun yang lepas, aku cuba untuk recall kembali namun gagal. Yang muncul dalam kepala ialah kemenangan Obama dalam pilihan raya presiden Amerika Syarikat bukannya the great depression kali kedua yang hampir menyebabkan Amerika collapse - jawapan kepada soalan Dr. Razak.

Sebelum berlakunya pandemik selesema babi, banyak syarikat-syarikat Amerika yang terpaksa dibail-out
oleh kerajaan untuk menyelamatkannya daripada mengalami nasib yang sama dengan Lehman Brothers Holding. Untuk mengetahui lebih lanjut, kalian boleh baca buku yang ditulis oleh seperti Paul Krugman kerana aku sendiri tidak mahir dengan ilmu ekonomi ini.

Diringkaskan cerita, beberapa bulan selepas analisis pakar ekonomi yang menyatakan ekonomi Amerika akan tumbang, muncullah wabak selesema babi yang menular ke seluruh dunia, tidak terkecuali negara kita. Di sebalik wabak yang menimpa, ada yang mengaut keuntungan. Hasil penjualan ubat-ubatan dan vaksin selesema babi seperti tamiflu, syarikat-syarikat farmaseutikal Amerika memperoleh keuntungan hasil permintaan dunia terhadap produk mereka. Keuntungan yang diperoleh mengupayakan kembali ekonomi negara tersebut dengan suntikan dana luar. Walhasil, ramai yang menyatakan wujudnya konspirasi yang berlaku di sebalik penularan wabak selesema babi ini. Wallahua'lam, hanya ALLAH yang maha mengetahui apa sebenarnya berlaku.

Mutakhir ini, jika disedari, wujud cukai baru yang diperkenalkan dan kenaikan harga barang. Banyak juga peruntukkan dipotong. Untuk kita yang selesa dengan kehidupan, tidak mungkin kita sedari ada something wrong with our economy. Tambah-tambah bila kehidupan sekarang ditampung dengan wang biasiswa.

Beberapa hari lalu, aku ada bersembang dengan seseorang beberapa perkembangan mutakhir yang berlaku. Kadang-kadang sudah tiada daya untuk mengambil tahu apa yang berlaku. Rasa mahu sahaja akal ini digunakan untuk berfikir tentang diri sahaja. Namun, entahlah, bila rasa malas mahu ambil cakna, alih-alih duit dihulurkan untuk membayar harga surat khabar untuk mengetahui peristiwa-peristiwa lokal mahupun global. Amalan yang suda terdidik sejak kecil dan bersebati dalam diri, memang susah untuk diubah bila aku bercadang membuangnya.

Ada maklumat, bulan 2 ini ialah bulan seseorang - insya' ALLAH setiap hari mesti ada laporan tentanganya di media. Bulan 3 pula ialah bulan memilih pemimpin. Sama-samalah kita nantikan. Yang pastinya, di sebalik peristiwa-peristiwa ini, ada underlying issue yang seolah-olah dialihkan perhatian daripadanya. Aku sendiri walaupun masih agak kabur dan keliru dengan ilmu ekonomi masih lagi tercerah apabila mengingati dampak kemelesetan tahun 1997. Walaupun tidak memahami apa yang berlaku kerana masih bergelar kanak-kanak ketika itu, aku tetap merasai ada kegusaran apabila menatap dan menonton media massa.

Kebimbangan negara ini akan bergerak ke zaman gelap sekali lagi sepatutnya membenihkan kegusaran terutamanya ketika berbelanja. Kegagalan untuk mendapatkan suntikan dana asing kerana ketidaktelusan sistem yang ada sekarang sepatutnya membuatkan kita berfikir di mana silapnya. Perkara yang paling penting dan memeningkan kepalaku sejak beberapa hari ini ialah, peranan apa yang boleh dimainkan individu dalam zaman genting ini. Sama-sama kita fikirkan.

Wednesday, February 3, 2010

Ujian

Sah. Kak Wahid akan berpindah ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) setelah hampir sebulan berada di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA). Diagnosis doktor yang dinanti-nantikan selama ini menyatakan beliau menghidap kanser darah setelah bermacam-macam prosedur dilakukan termasuklah laparoscopy yang dilakukan minggu lalu.

Aku harap beliau kekal tabah dan cekal menghadapi ujian ini. Seminggu sebelum peperiksaan, ada aku melawat beliau di hospital. Wajahnya agak cengkung dan memaparkan riak-riak keletihan. Namun, ketabahan dan kesabaran menempuhi dugaan ini ada terpancar daripada dirinya. Aku tenggelam dengan kesayuan pabila melihatnya. Tidak pernah terbayang dalam kepala orang beliau akan diuji sebegini. Namun itulah takdir, hari ini ALLAH kurniakan kesihatan, esoknya ALLAH tarik pula nikmat itu.

Ramai yang terkesan apabila beliau jatuh sakit. Kak Ili, kawan baiknya, salah seorang daripadanya. Bila ditimpa musibah, baru kita tahu siapa sahabat sejati. Sahabat sejati inilah yang bersusah payah menguruskan dan membantu segala-galanya. Dikorbankan masanya menjaga si sahabat yang sedang dalam kesihatan hatta dirinya pun turut sakit-sakit. Teramat beruntunglah jika kita ada sahabat seperti ini.

Doaku, ALLAH sembuhkanlah penyakit Kak Wahid ini. Dr. Azwan dari Hospital Al-Islam Kampung Baru ada memberitahu kadar penyembuhan untuk kanser darah agak tinggi. Sumbernya datang daripada Prof. Taher, bekas dekan Kuliyyah Perubatan yang merupakan seorang pakar onkologi. Alhamdulillah, ramai yang bersimpati dengan takdir yang menimpa Kak Wahid ini. Dr. Ishak, pengarah Hospital Al-Islam pun ada menyatakan kesediaan untuk membantu. Cikgu Sabri, kaunselor di SMK Mat Kilau yang agak rapat dengan Faciteam pun ada datang melawat Kak Wahid di wad. Malah, banyak buah-buahan yang dibawa pelawatnya tidak habis dimakan dan memenuhi lokar yang disediakan ketika aku datang melawatnya.

Bila Kak Wahid sudah berada di PPUM, susahlah untuk kawan-kawan datang melawatnya. Aku sendiri ada bercadang untuk melawatnya selepas menghabiskan peperiksaan sembilan hari tanpa henti. Tapi, bila sudah dapat pengkhabaran terbaru ini, nampak gayanya terbantutlah niat ini. Harap-harap Pitat dan Ilman boleh selalu datang melawanya apabila mereka mula berpraktikal di PPUM minggu hadapan.

Untuk aku dan kawan-kawan yang membaca entri ini, sama-samalah kita doakan agar Kak Wahid kembali sembuh dan menamatkan pengajiannya di UIA  dan keluar sebagai seorang doktor muslimah yang terus berbakti kepada ummah. Ameen.

P/s: Setakat entri ini ditulis, Kak Wahid masih berada di Wad 4A HTAA

Gerakan Islam: Menoleh Masa yang Lalu dan Menyorot Masa Depan


Wajar kita menyoroti masa lalu sebelum menyoroti masa depan. Maklumat sejarah masa lalu amat penting seperti kata-kata ‘siapa tak sedar sejarah berkemungkinan besar mengulangi sejarah’. Kesedaran sejarah amat penting dalam konteks da’wah dan dinamika gerakan Islam kita semasa dan bagi eksperimen kita.

Pada 1961 Pertubuhan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia PKPIM lahir dengan matlamat yang sederhana – ‘perjuangan kepentingan pelajar-pelajar Islam’. Itulah ungkapan pemimpin-pemimpin masa yang lalu – seperti Dato’ Hanafiah dan Dato' Ishak Tadim.

Menjelang tahun-tahun 70’an – dengan kematangannya – PKPIM menegakkan idealismenya ‘memperjuangkan cita-cita Islamiah’. Ungkapan pusaka – cita-cita Islamiah. Komitmen terhadap cita-cita Islamiah dan aspirasi nasional – menjadi dua serangkai – lambang kesedaran mahasiswa telah berubah daripada perjuangan sederhana kebajikan pelajar.

Pada tahun-tahun 70’an – aktivis PKPIM bertindak sebagai elemen yang sedar daripada masyarakat – conscience of the majority – a catchy phrase, sarat dengan makna dan nilai dan kita adalah pewaris kata dan makna itu. Di antara aksi-aksinya sewaktu yang selalu dinukilkan itu adalah advocacy, penampilan isu semasa dan demonstrasi. Tetapi lebih penting lagi adalah dimensi ilmu dan kebudayaannya yang diperlihatkan melalui program seperti:-

• Kongres Kemajuan Islam Malaysia

• Seminar Peradaban Islam

• Seminar Pendidikan Islam Malaysia 1968 anjuran badan gabungan PKPIM – disitulah diumumkan persetujuan kerajaan tentang penubuhan UKM oleh Menteri Pelajaran, Khir Johari (Khir Johari, Anwar Ibrahim dan Siddiq Fadil berada di atas pentas yang sama)

• Universiti Islam Antarabangsa UIA mempunyai akar sejarah dalam perjuangan PKPIM

Angkatan Belia Islam Malaysia ABIM adalah pelanjut perjuangan mahasiswa – merupakan jatidiri harakah Islamiah. Badan yang pertama beridentiti gerakan Islam Malaysia ialah ABIM. ABIM bergerak dengan keanggotaan yang merakyat dan nasional – anggota melebar dan meratai seluruh Malaysia dan tidak bersifat lokal. ABIM adalah peloporan fenomena ‘rising tide of Islam’ – kebangkitan Islam – istilah yang memaknai kerana waktu itu belum lagi muncul istilah sahwah. Pertama kali, kata-kata ini lahir daripada perbualan Pak Natsir dan Anwar Ibrahim di Jakarta . ABIM berjaya mempelopori ‘the rising tide of Islam’ di Malaysia.

Faktor-faktor yang membantu kejayaan ABIM menempa namanya:-

1. Kekuatan wadah persediaannya PKPIM
• bukan lahir daripada kekosongan tetapi adalah lonjakan daripada suatu kekuatan dengan pengkaderan dan jaringan (IIFSO, PEMIAT)
• dengan titik tolak yang sangat kuat, ABIM meneruskan apa yang sudah diletakkan dasar oleh PKPIM

2. Ketepatan waktu kemunculan
Faktor timing sangat penting kerana andainya ia lahir pada waktu yang salah barangkali tidak akan menjadi. Ditakdirkan kelahirannya pada saat yang tepat maka tiada badan lain yang menyambut fenomena kebangkitan Islam. Kemunculan ini membuatkan ABIM sangat terkait dengan fenomena kebangkitan Islam.

3. Karisma pemimpin utamanya
Contohnya Anwar Ibrahim disebut-sebut di mana-mana sebagai a charismatic leader. Sewaktu Ustaz Razali Nawawi mengundur diri daripada jawatan Presiden untuk melanjutkan pengajian, berlaku dialog di antara Ust Fadhil Noor dan Anwar Ibrahim. Anwar dan Ustaz Fadhil saling menolak jawatan tersebut sehingga Ustaz Fadhil mengatakan ‘bukan orang nak dengan aku, depa nak kat hang’. Mereka berkompromi dan Anwar bersetuju dilantik Presiden dan Ustaz Fadhil sebagai Timbalan. Beberapa bulan selepas itu, Anwar ditahan di bawah ISA selama 21 bulan dan Ustaz Fadhil menjadi pemangku Presiden.


4. Kepimpinan Jama’iyy
Collective leadership
• kepimpinan yang berlatar pelbagai pendidikan samada berunsur English, Melayu dan Arab
• gabungan kesepaduan komplimentari

5. Memanfaatkan kepemudaan dan dinamika keIslaman
Keanggotaannya menjadi aktivis komited dan rela berkorban

6. Kekuatan fikrah/ idea/ gagasan
• daripada gabungan ilmu yang kuat
• bukan lawak jenaka sahaja tetapi seloroh pun berdimensikan idea-idea bernas

7. Keberkesanan tarbiyyah ilmiah, rohaniah, harakiyyah
• kita gubal skima latihan kita sendiri berasaskan rujukan-rujukan dan pelbagai sumber
• membina kekuatan ilmu, rohani dan harakah

8. Keberkesanan mekanisme/ jentera organisasi
well organised, skilled organisers compared to others and well trained since the days of PKPIM
• Setiausaha-setiausaha agong mahir, berkemampuan, kompeten, berencana. 

9. Keterbukaan dan toleransi
• kepelbagaian mazhab dan pemikiran
• akomodatif, inclusive of all, bersifat jamahiriyya
• toleransi di antara mazhab – Hanafi tiada masalah, aliran Perlis pun tiada masalah
• kita pertahankan keterbukaan dan kepelbagaian – asalkan ada alasan saja, dipersilakan tetapi kalau tiada alasan, tidak boleh diterima. Sebagai contoh, seorang tokoh, Pak Imad yang terkenal tegas dengan pandangan fiqhnya tetapi selesa dengan ABIM – Pak Imad pernah menjadi makmum solat subuh tidak membaca qunut tetapi masih mengikuti dan menunggu Imam sebelum sujud.

10. Komitmen yang tinggi terhadap misi amar ma’ruf nahy mungkar
• kepedulian sosial yang sangat tinggi
• pembinaan diri – melalui usrah, tamrin, qiamulayl – maka terbina sikap dan semangat kepedulian sosial

 Adalah tidak benar dan salah persepsi yang menganggap ABIM sebagai tempat pelarian Melayu yang merasakan kerendahan diri kerana lemah atau gagal menguasai bahasa Inggeris (inferiority complex) – tanggapan yang didakwa dalam tulisan oleh Judith Nagata, Zainah Anwar, Chandra Muzzaffar. Padahal sebahagian yang signifikan pemimpin ABIM adalah berpendidikan aliran Inggeris. Adalah tidak benar ABIM itu jelmaan Melayu yang jati dirinya terhakis. Fenomena kebangkitan Islam di Malaysia adalah fenomena global al sahwah al Islamiah.

Yang membentuk pemikiran para aktivis ABIM bukan tokoh-tokoh racist Melayu, tetapi karya tulisan para pemikir dan pemimpin gerakan Islam seperti Hasan al Banna, Sayyid Qutb, Muhammad Qutb, Maududiy, an Nadwi, Fathi Yakan, Sa'id Hawwa, Muhammad Natsir, Malik Bennabi, Isma'il R. al Faruqi dan lain-lain lagi.


 Daripada kalangan ilmuwan-pemikir tempatan yang turut berperanan membentuk pemikiran para aktivis termasuklah Prof. Sayyid Naquib al Attas. Beliau sangat berjasa dalam pengukuhan idea Islamisasi dan dewesternisasi. Kritiknya terhadap Barat, tamadun dan kesarjanaannya telah meruntuhkan hegemoni pemikiraan Barat di kalangan generasi muda terpelajar. Ini seperti membebaskan minda yang terpenjara. terhadap peranan besar Islam dalam sejarah dan kebudayaan Melayu memberikan keyakinan budaya - cultural confidence - dalam perjuangan pendaulatan Islam dan tamadunnya di Malaysia. (peranan Islam yang selama ini diperkecilkan oleh orientalis) Prof Sayyid Hussein al Attas adalah public intellectual yang turut memberikan sumbangan besar dalam membangkitkan kepedulian sosial dan pemikiran kritis. Kritiknya terhadap Dasar Ekonomi Baru dan idea kapitalistik buku Revolusi Mental mendapat perhatian luas di kalangan pimpinan dan warga ABIM.

Inilah tradisi keilmuwan ABIM yang terbuka kepada karya-karya termasuk contohnya penulis Brazil, Paulo Freire yang menulis Pedagogy of the Oppressed, membela kaum tertindas melalui pendidikan. Dalam pembinaan tradisi keilmuannya ABIM bersikap terbuka, sedia memanfaatkan ilmu dari siapa sahaja termasuk dari kalangan bukan Islam. ABIM tidak pernah terikat dengan sesiapa – bacalah dan manfaatkanlah mana-mana – bawa balik ke jamaah dan bersama kita menjadikan madrasah ABIM. Dengan demikian, kekayaan khazanah ilmu dan kepelbagaian, keintelektualannya menjadi lebih kaya dan beragam – membolehkan pencitraan ABIM kepada rakyat – bukan badan da’wah dalam pengertian yang sempit tetapi suatu kekuatan sosial dan agen perubahan sosial – a social and political force to reckon with. Kekayaan dan keragaman intelektual memang sangat perlu untuk pengentalan mesej risalah dan misi perjuangan membina masyarakat yang beragama dan sekaligus rakyat yang cerdas dan berfikiran kritis.
 

Demikianlah pengkisahan ringkas ABIM yang menjadi ikon dalam sejarah kebangkitan Islam. Selalu juga kehadiran ABIM dilihat sebagai kontroversial – controversy is part and parcel of ABIM – hanya kerana ia mampu membawa ungkapan gagasan-gagasan baru. ‘Ada yang cinta dan sayang sepenuh hati, ada pula yang benci setengah mati’.   ABIM adalah gerakan Islam dan kita adalah sebagai pewaris beban dan risalah besar dan oleh itu kita perlu

1. Mempertahankan kerelevanannya
2. Mempertahankan sesuatu kebesaran (risalah)

Persoalannya adalah masih relevankah selepas 40 tahun jika ia gagal menyesuaikan diri – adapt or die?

Kualiti Kepimpinan :-

Kualiti kepimpinan jamaah tidak harus dikompromi. Pemimpin adalah imej gerakan dan jamaah seterusnya. Kepimpinan harus dibina daripada bawah, harus dikenali daripada bawah lagi. Contohnya Anwar Ibrahim telah mengartikulasi dinamika Islam melalui penubuhan BRA – Badan Revolusi Agama sejak di Malay College Kuala Kangsar MCKK. Begitu juga di Universiti Malaya UM apabila aktif memimpin Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya PBMUM dalam memperjuangkan isu mendaulatkan bahasa Melayu. Anwar Ibrahim tidak muncul secara mendadak. Sekarang ini persoalannya adalah bagaimana untuk merancang kemunculan kualiti kepimpinan. Kalau tidak kita akan menerima saja apa yang seadanya.

Pemimpin adalah imej jamaah keseluruhan dan harus mempunyai ciri-ciri:-




1. Keperibadian yang menginspirasikan – inspiring personality

2. Integriti moral dan ketaatan agama (religiousity)

3. Kompetensi keilmuan yang tinggi – penguasaan ilmu yang meyakinkan. Contoh Anwar Ibrahim menyampaikan dengan yakin dan bukan dia buat-buat macam tahu.

4. Kemampuan mengartikulasi fikrah dan gagasan keIslaman dan gerakan dengan petah, indah dan meyakinkan

5. Ketrampilan berorganisasi – kemampuan menjadi penyelesai masalah - problem solver and trouble shooter

6. Kaya dengan idea dan gagasan
• memainkan peranan kepeloporan perspektif Islam
• mengartikulasi pembangunan dalam Islam – pembangunan insan – human centric
• menganjurkan pendidikan sepadu – jelmaan tawhid sebagai lawan kepada dualisme pendidikan
• mengolahkan masyarakat majmuk

 'Islam dan Masyarakat: Penyelesaian Masyarakat Majmuk di Malaysia' adalah tajuk ucapan dasar Anwar Ibrahim sewaktu memimpin ABIM dahulu di Dewan Tun Razak Universiti Kebangsaan Malaysia, Dektar yang mengutarakan Islam sebagai penyelesai masyarakat plural. Dulu diutarakan konsep-konsep umum tetapi sekarang Anwar Ibrahim menerapkannya secara praktis. (kalau tidak, perbahasan masyarakat plural biasa hanya sekitar konsep dhimmi/harbi)

Menyorot Masa Depan :-



Sekarang sepatutnya kita sudah mampu menangani gagasan-gagasan besar seperti:-

1. Islam dan pluraliti – sepatutnya kita ada masa untuk menelaah dan menyelesaikan ungkapan sedemikian

2. Pendidikan demokrasi – meningkatkan kefahaman dan amalan sebenar demokrasi – supaya ada integriti proses, ketelusan, membenteras rasuah politik

3. Pendidikan liberatif – kebebasan dan keterbukaan di kampus-kampus

4. Ekonomi kerakyatan - agenda kepedulian sosial membela nasib umat

Gagasan besar ini tidak hanya untuk diwacanakan sesama sendiri tetapi ahrus diangkat menjadi wacana nasional dan seterusnya diarusperdanakan.

Kita perlu kuatkan dan pertingkatkan sebagai formidable force kerana adakalanya kita perlu bertindak dengan bicara kekuatan bukan saja bicara kepetahan.

Kegiatan penda'wahan yang selama ini menjadi bisnes teras kita perlu ditinjau semula keintensifan dan keberkesanannya terutama dalam konteks krisis moral akibat keleluasaan budaya hiburan dan kegiatan maksiat. Kita perlu meningkatkan gerakan dan jaringan bagi mendidik dan membina generasi muda dengan budaya ilmu dan nilai-nilai keagamaan.

Kita perlu tinjau semula da’wah bil hal contohnya institusi-institusi pendidikan serta kerelevanan masakini. Apakah kita mampu atau kita perlu cari alternatif lain? Walaupun sesuatu itu relevan 20 tahun yang lalu, mungkin ia bukan relevan sekarang. Kerelevanan sekarang perlu ditinjau dan kualiti institusi-institusi alternatif perlu dikaji. Ia tidak boleh berada di tahap eksperimental selama-lamanya. perlu diambil ingatan bahawa pihak lain juga telah mendirikan institusi-institusi yang hampir sama dan kualitinya mungkin lebih baik.

Konsolidasi Dalaman:-

Adalah amat penting dan keperluan semerta bagi pemantapan, pemampanan dan kematangan organisasi supaya perkara berikut dilakukan:

1. Pengukuhan institusi syura
• bagaimana menghormati syura dan keputusan syura
• mengukuhkan dan mengembalikan kepimpinan syura

2. Pemantapan qiyadah jama'iyyah (collective leadership) dan budaya amal jama’iyy (corporate teamwork)
• amal bukan kerja beseorangan – not a one man show
• harus ada diskusi dan perbincangan
• pengurusan partisipatif
• bersifat konsultatif bukan cara arah dan kerah

3. Penegasan sikap dengan menolak gejala perpecahan jamaah
• prinsip kita adalah supaya mempertahankan perpaduan jamaah
• kita tidak boleh menerima – should not endorse – kumpulan serpihan walaupun ianya kuat (reject splinter groups)

4. Kemaskini tarbiyyah dan pelestarian tradisi belajar bersama
• kita sepakati bersama bahawa tradisi harakiyah jama'iyah adalah tradisi belajar bersama, contohnya usrah
• dalam ABIM tiada syeikh tetapi ada naqib

5. Penyegaran nilai-nilai luhur perjuangan
• perteguhkan keikhlasan, persaudaraan dan keberkatan
• tiada kebencian, hasad, dendam




Catatan Kuliah Datuk Dr. Siddiq Fadzil pada Muzakarah Qiyadah 2 WADAH-ABIM-PKPIM 30-31 Januari 2010

Monday, February 1, 2010

Hijab Kekasih



Malai rinduku merintih kecintaan
Duduk termenung hanya bingung kerinduan
Walaupun jauh dari nyata kasih dan sayang
Kasih dan sayang telah lama kusatukan
Semua kasihku dalam gemala
Ke laut jawi 'kan kukirimkan sana

Duhai kasih hijabmu di sini
Masyur rupamu di mata kalbi ini
Berbaringan diusik rindu azali
Di manakah kekasih yang jauh dariku
Memakan debu... rindumu
Segenap nafasku melihat renunganmu
Wangi dan harum kau kekasih
Antara lamunan segala kalimahku ini
Siapa yang mengerti

Menghilang tahun kutahan dahaga
Setelah habis madah untuk sang puteri
Pautan kasih kukenal sendiri
Teringin ku melihat sebalik hijabmu
Wajah yang kupuja

Kekasih... lama sudah aku merindu
Larut nan denai larat nan damai
Haram kelamin untuk kita bercerai
Rasa kasih dan sayang dalam keredaanmu