v

Wednesday, September 30, 2009

Ceritera 200


Cabaran utama mahasiswa IPTA

Oleh ANUAR AHMAD

SEORANG profesor terkenal pernah memberitahu penulis mengenai betapa ruginya mahasiswa kini kerana tidak berpeluang merasai nikmat hidup di kampus seperti zamannya dahulu.

Beliau menceritakan pengalaman hidup di kampus sekitar awal 1970-an. Mengenai aktiviti bersama rakan sekuliah, menganjurkan seminar dan projek khidmat masyarakat, berdebat dan tidak ketinggalan alam politik di kampus.

Nampaknya pengalaman luar dewan kuliah tetap kekal erat di dalam memori beliau. Kisah profesor tersebut mungkin berbeza dengan keadaan sekarang. Hari ini, mahasiswa terbeban dengan rutin akademik yang begitu rigid sehingga aktiviti di luar dewan kuliah dan yang bukan berunsur peperiksaan sudah dianggap tidak penting. Perkembangan akademik hanya berlaku sekitar syarahan, nota kuliah dan peperiksaan.

Hakikatnya cabaran mahasiswa semakin hari semakin besar. Sekurang-kurangnya terdapat tiga cabaran utama. Pertama, berjaya mengungguli prestasi akademik dengan ukuran pencapaian CGPA 3.50 ke atas.

Kedua, mempunyai tahap kemahiran komunikasi lisan dan tulisan dalam dwibahasa khususnya bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Dan ketiga, mempunyai jati diri yang tinggi seperti berani mencuba, inovatif serta kecekapan membina jaringan sosial.

Cabaran pertama sememangnya sudah difahami sejak menjejakkan kaki ke menara gading. Tetapi bagaimana mereka menguruskan cabaran kedua dan ketiga sebelum melangkah keluar dengan segulung ijazah?

Setiap tahun institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS) menghasilkan puluhan ribu graduan. Bilangan ini semakin bertambah dengan pelajar yang pulang membawa ijazah dari luar negara.

Dan pengangguran mahasiswa pula semakin tahun semakin bertambah. Data-data menunjukkan graduan yang menganggur mencecah 50,000 ketika ini.

Kerajaan terpaksa mengambil inisiatif menawarkan pendidikan lanjutan dengan elaun agar para graduan ini dapat membuat kemasan diri dan kelengkapan ilmu teknologi tambahan sebelum mereka benar-benar bersedia ke alam pekerjaan.

Pelbagai faktor telah dikenal pasti sebagai punca pengangguran siswazah. Antaranya, kesilapan pemilihan bidang yang tidak selari dengan jawatan yang ditawarkan. Gaji rendah dan tidak tetap, majikan menolak kerana tiada pengalaman kerja dan sebagainya. Namun yang jelas, kesemua kajian mendapati wujud persamaan dalam satu perkara iaitu ketidakupayaan graduan memenuhi "keperluan asas" yang diperlukan oleh majikan.

Ia selalunya berkaitan dengan kelemahan kemahiran sosial dan keterampilan diri. Antara tuntutan majikan ialah kebolehan berkomunikasi lisan dan tulisan, berupaya melakukan pengucapan umum yang meyakinkan, beretika sopan, mempunyai prinsip kerja terbuka, toleran dan cekap membuat keputusan yang betul dalam masa singkat.

Semua keperluan asas ini sememangnya diketahui oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) serta pimpinan IPT, lalu membentuk konsep kemahiran generik bagi tujuan meningkatkan pembangunan pelajar. Modul ini kemudiannya ditadbirkan kepada semua IPTA agar graduan mempunyai kemahiran generik yang tinggi dan memenuhi keperluan majikan. Semua ini telah diatur dengan begitu baik dan teliti serta dilaksanakan secara konsisten oleh semua IPTA.

Malangnya masih ada cabaran yang perlu dilalui untuk menjayakan pembangunan pelajar ini. Kajian-kajian terbaru berkaitan perkembangan kemahiran generik mendapati kebanyakan pelajar tidak mengambil peluang memperlengkapkan diri dengan kemahiran generik seperti perhatian yang mereka berikan kepada pencapaian akademik.

Biasanya apabila kajian pengesanan graduan dilakukan ke atas pelajar yang telah tamat dan sedang mencari pekerjaan, rata-rata mereka menyatakan kekesalan kerana tidak mengambil peluang meningkatkan perkembangan diri melalui program-program perkembangan generik yang disediakan.

Jika dahulu di awal tahun 1970-an, pendidikan universiti mempunyai tiga matlamat iaitu menimba ilmu untuk menjadi insan yang berhemah dan berketerampilan. Kemudian menjadi warga yang baik dan terakhir, menjadi pekerja berkualiti.

Hari ini, seseorang mahasiswa perlu menggabungkan ketiga-tiga matlamat itu sebagai satu pakej. Mereka harus mencapai kecemerlangan akademik dan pada masa yang sama melatih diri untuk berketerampilan, beretika, matang serta bersahsiah tinggi.

Penelitian penulis terhadap perancangan ko-kurikulum yang dibangunkan di semua IPTA menunjukkan komponen pembangunan moral dan tanggungjawab sosial masih sangat kurang disampaikan kepada pelajar.

Walaupun dicatatkan sebagai rujukan dalam dokumen kurikulum, realitinya pelaksanaan masih gagal disempurnakan.

Tiga komponen utama yang dipertanggungjawabkan membina perkembangan pelajar di universiti ialah fakulti atau sekolah pengajian, kolej kediaman dan kegiatan berpersatuan melalui Jabatan Hal Ehwal pelajar.

Di fakulti, urusan akademik menjadi fokus utama di kalangan tenaga akademik dan pelajarnya. Rata-rata pensyarah akan memastikan semua kandungan sukatan pembelajaran ditamatkan dalam semester pengajian berkenaan. Ini bagi memenuhi kepatuhan audit kualiti akademik di hampir semua IPT.

Kolej kediaman adalah tempat di mana pelajar tinggal. Maka kemudahan penginapan, keselesaan bilik, kafeteria dan kemudahan riadah menjadi tumpuan utama.

Walaupun sudah ada perancangan untuk memberikan imej baru kepada konsep akademik di kolej kediaman tetapi peranan baru kolej kediaman ialah membina kesedaran bahawa dunia akademik tidak seharusnya berhenti di dewan kuliah sahaja.

Kolej kediaman berperanan membina budaya akademik melalui aktiviti luar kuliah supaya pelajar sedar bahawa cara mereka berfikir, bercakap, membuat keputusan, bergaul dan berhujah seharusnya dilingkungi oleh alam akademik dalam satu sistem ekosistem ilmu menyeluruh. Hanya dengan cara ini maka graduan IPT bukan sahaja keluar dengan sekeping ijazah tetapi memenuhi pakej yang diperlukan.

Sementara di bahagian Hal Ehwal Pelajar, pelbagai program perkembangan pelajar dirancang untuk melengkapkan mereka dalam menghadapi dunia selepas pengajian di universiti. Kejayaan membangunkan intelektualisme pelajar sangat tergantung kepada kejayaan pihak pengurusan HEP merangka dan melaksanakan semua program perkembangan pelajar secara konsisten, berkualiti serta memenuhi keperluan semasa di kampus.

Belajar di IPT tidak lengkap jika pelajar tidak melibatkan diri dengan kegiatan berorganisasi serta berpersatuan. Malah sebahagian kemahiran insaniah yang tidak diperoleh di dalam dewan kuliah akan diperoleh melalui kegiatan berpersatuan.

Kata Albert Einstein, pendidikan sebenar ialah ilmu yang masih tertinggal apabila seseorang telah melupakan semua apa yang dilalui semasa di 'sekolah' dahulu. Oleh itu, apa pun yang dipelajari semasa melaksanakan aktiviti berpersatuan sebenarnya adalah sebahagian pendidikan untuk membina modal insan para mahasiswa.

Imej dan identiti mahasiswa sekarang sudah berubah. Oleh kerana program akademik yang semakin padat, pembelajaran di universiti kini lebih cenderung belajar berasaskan modul. Pelajar kurang inisiatif mencari input tambahan dan sangat bergantung pada apa yang disediakan oleh pensyarah sebagai bacaan asas atau teks utama.

Pelajar juga lebih suka menunggu arahan pensyarah dan gemar dipimpin berbanding memimpin.

Selain itu imej ulat Internet, taksub dan gila komputer, khayal dengan hiburan dan meminati bahan dan media bacaan ringan. Etika berpakaian juga semakin lemah, alasannya lebih ringkas adalah lebih praktikal.

Sekurang-kurangnya empat perkara di bawah harus dilaksanakan dengan segera.

Pertama, kerangka aktiviti kemahasiswaan era ini harus mengambil kira keperluan majikan dan industri serta keperluan nilai masyarakat. Kedua, pihak universiti perlu melaksanakan latihan untuk meningkatkan kemahiran tadbir urus kemahasiswaan di kalangan pegawai JHEP.

Mereka ini bertanggungjawab membantu pelajar melaksanakan program berkualiti. Kebanyakan pegawai JHEP belajar melalui pengalaman semata-mata dalam memahami pengurusan mahasiswa.

Ketiganya, menjadikan aktiviti pelajar sebagai aktiviti wajib. Keempat, menyediakan peruntukan kewangan untuk melaksanakan aktiviti pelajar sama ada melalui peruntukan kerajaan, tajaan industri, korporat ataupun alumni IPT.

Adalah tidak benar bahawa AUKU adalah sebab utama yang membawa kepada imej kelesuan mahasiswa seperti disuarakan oleh sesetengah pihak di luar kampus. Mahasiswa perlu berfikir dan mula merancang aktiviti lebih mencabar sesuai dengan harapan masyarakat terhadap mereka sebagai modal insan utama pembangunan negara.

Pihak KPT dan IPT pula perlu lebih bersikap terbuka untuk menerima idea-idea baru daripada para mahasiswa walaupun idea-idea tersebut mungkin berada di luar kotak pemikiran kita.

PENULIS ialah Timbalan Pengarah Akademik Kolej, Pusat Perkembangan Pelajar, UKM


Sumber: Utusan Online

Tuesday, September 29, 2009

Ceritera 199



Zarif dan Daneng menggelarkannya sebagai lagu Che Am. Masakan tidak, alunan suara inilah yang sering berkumandang daripada komputer ribaku mengisi suasana sunyi teratak kami ini.

Qasidah. Manifestasi kecintaan kepada RasuluLLAH S.A.W dan ahli kepada keluarga Baginda Rasul ini kuperdengarkan agar diri yang sentiasa bergelumang dengan dosa ini terpercik sinaran hidayah agar terus tidak leka dengan keinginan-keinginan duniawi.

Meneliti sebuah kertas kerja yang dihasilkan oleh Al-Fadhil Ustaz Fahmi Zam-Zam bertajuk Abu Hasan Ali Al-Nadwi: Keperibadian, Sejarah Hidup & Perjuangannya, beliau ada menulis pada satu nota kaki:

Saya fikir tradisi ini patut dicontohi dan diikuti supaya iman bertambah kuat, dan daya juang bertambah mantap. Mungkin jika dibuat perbandingan dengan tradisi masyarakat kita, ia sama seperti majlis bacaan "Qasidah Burdah" atau majlis Marhaban, dan majlis selawat kepada RasuluLLAH s.a.w. yang sering diadakan untuk tujuan rawatan penyakit dan usaha rohani untuk mendapatkan kesembuhan dan ketenangan.


Moga dengan kehadiran alunan qasidah daripada komputer ribaku ini sekurang-kurangnya dapat menjadi pengganti kepada majlis-majlis zikir yang sukar untuk kuhadiri ketika ini.

Ceritera 198








GEMBIRA BAGI KAMI KERANA TERCAPAI CITA-CITA;
HILANG SUSAH DATANG SENANG.
MASA TELAH MENEPATI JANJINYA;
GEMBIRA TELAH MENJADI NYATA.


GEMBIRA BAGI KAMI KERANA TERCAPAI CITA-CITA;
HILANG SUSAH DATANG SENANG.

Wahai jiwa bahagialah dengan pertemuan;
Wahai mata berpuaslah hendaknya.
Inilah dia keindahan Nabi;
Cahaya telah menyinari kita sekalian.

Wahai Madinah apa hendak dikata;
Sedang di kotamu Nabi menetap.
Kerna sekalian berharap sampai.
Kerana Nabi kekasih kami.

Wahai makam Nabi yang mulia;
Dua sahabatnya dan ahli Baqi'.
Mudahkanlah wahai ALLAH bagi kami sekalian;
Ziarah bagi Nabi kami.

YA ALLAH! LIMPAHKANLAH RAHMAT, KESEJAHTERAAN DAN KEBERKATAN KE ATAS JUNJUNGAN KAMI, NABI MUHAMMAD S.A.W DAN KELUARGANYA

Monday, September 28, 2009

Ceritera 197




Starting With Ourselves

When i was young and free and

my imagination had no limits,

I dreamed of changing the world.


As I grew older and wiser, I discovered the

world would not change, so I shortened my sights

somewhat and decided to change only my country.


But it too, seemed immovable.


As I grew into my twilight years, in one

last desperate attempt, I settled for changing

only my family, those closest to me;

but alas, they would have none of it.


And now as i lie on my death bed, I suddenly

realize: If only I had changed myself first,

then by example I would have changed my family.


From their inspiration and encouragement,

I would have been able to better my country

and who knows, I may heve even

changed the world.


Ceritera 196



Ukhuwwah Islamiyyah, insya' ALLAH. Perjalanan dari Utara ke Pantai Timur baru-baru ini diambil kesempatan untuk singgah sebantar di sebuah tempat yang bermakna dan memberi kesan kepada diri.

Alang-alang mengikuti Jalan Persekutuan setelah mengambil keputusan untuk keluar daripada kesesakan Lebuhraya Utara Selatan melalui persimpangan Bidor, tercetus idea untuk melawat Darul Quran di Kuala Kubu Bharu.

Berbekalkan alasan bekas pelajar seperti yang diberikan oleh Lutfi ketika berada di pondok pengawal, aku dan teman-teman yang dalam perjalanan pulang ke UIA Kuantan mengunjungi Masjid Darul Qur'an dan tasik yang menjadi latarnya.

Menjejaki tempat itu, maka terubatlah rindu Helmi Yob dan yang lain-lain kepada tempat yang pernah menjadi saksi bergugurnya keringat dan air mata untuk menamatkan hafazan 30 juzu' Al-Qur'an.

Dan merasa jugalah Afif, Din, Solah, Ilyas dan Helmi Rahmat untuk 'masuk' DQ yang dulu sekadar dapat ditanggap melalui kata-kata yang singgah di bibir-bibir telinga semata tanpa mata menjadi hakim untuk mengadili keindahan dan ketenangan tempah yang penuh barakah ini.

Sungguh, kehadiran semula di bumi itu, aku menjadi 'segan' dan 'malu' kepada diri sendiri...

Saturday, September 26, 2009

Ceritera 195


Aku melintasi perenggan pendahuluan Is Religion Possible? karangan Allama Iqbal yang terangkum dalam siri syarahannya yang terkenal dan dibukukan di bawah tajuk The Reconstruction of Religious Thought in Islam. Ada tujuh kesemuanya siri syarahan tersebut, disampaikannya pada tahun 1928 di universiti-universiti Madras, Hyderabad dan Mysore.

Tujuh syarahan itu ialah:

1. Knowledge and Religious Experience

2. The Philosophical Test of the Revelations of Religious Experience

3. The Conception of God and the Meaning of Prayer

4. The Human Ego - His Freedom and Immortality

5. The Spirit of Muslim Culture

6. The Principle of Movement in the Structure of Islam

7. Is Religion Possible?

Secara jujurnya, memang jenuh untuk aku memahami isi kandungan buku ini. Jika pun ada bab yang mudah, bab limalah yang paling senang untuk ditanggapi.

Berbalik kepada perenggan pendahuluan Bab 7, Iqbal menulis kehidupan beragama (religious life) itu terbahagi kepada tiga period:

1. Kepercayaan (Faith)

2. Pemikiran (Thought)

3. Penerokaan (Discovery)

Iqbal menerangkan, dalam fasa 'kepercayaan', kehidupan beragama tampil dalam bentuk disiplin yang mesti diikuti tanpa perlu difahami.

Kepatuhan sempurna di dalam fasa pertama menggerakkan ke arah fasa kedua atau 'pemikiran'. Dalam fasa ini, kefahaman terhadap setiap arahan dan peraturan agama mula menjelma. Ketika ini juga, ilmu metafizik juga turut mula tumbuh dalam diri seseorang - menerima kehadiran Tuhan dalam kehidupan.

Metafizik akan digantikan dengan psikologi dalam fasa ketiga iaitu 'penerokaan'. Kehidupan beragama juga mencambahkan keinginan seseorang untuk berdamping dengan Tuhan dalam fasa ini. Dalam menerangkan proses yang berlaku dalam fasa ini, Iqbal ada menukilkan kata-kata seorang Sufi yang juga didakwa sebagai bapanya:

"no understanding of the Holy Book is possible until it is actually revealed to the believer just as it was released to the Prophet."

Soalan muhasabah untuk diri; di fasa manakah aku berada dalam religous life ini?

Friday, September 25, 2009

Ceritera 194

Usai solat sunat ba'diyah Jumaat, ada yang menantiku di belakang. Azrul Ihsan, kawanku sejak sekolah rendah duduk menunggu aku menghabiskan solat sunat.

Kami berbual ringkas. Dia bercerita tentang aktivitinya sepanjang hari raya ini. Kelmarin, dia dan rakan-rakan yang lain seperti Darul, Faiz dan Aki pergi berziarah ke rumah guru disiplin kami di Izzuddin, Ustaz Munawwir. Guru yang garang tetapi lucu. Sering kami tidak kering gusi apabila beliau menyampaikan kuliahnya. Akhir-akhir ini, kerap juga kumendengar kuliahnya di radio Perak FM, terubat juga kerinduan untuk mendengar lelucon beliau.

Azrul bercerita lagi, dia bersama-sama Faiz dan Darul berkunjung ke rumah Cikgu Aminah, guru kelas kami, kelas 6 Kreatif di SKPPH. Sedekad meninggalkan bangku sekolah rendah, silaturrahim yang terjalin masih kekal utuh. Mungkin kerana berkat saling berkomunikasi. Bila kami sudah masuk ke sekolah menengah, Cikgu akan meluangkan masa melawat kami di sana. Masih segar di ingatan, bila kami berada di tingkatan 3, Cikgu menunaikan haji di Mekah. Kesempatan itu, aku titipkan doa kepada Cikgu agar berjaya dalam PMR. Alhamdulillah, aku mendapat 9A dalam peperiksaan itu. Cikgu, selepas kepulangannya dari Tanah Haram, datang berziarah lagi, menghadiahkan kami air zam-zam dan tidak lupa sedikit wang saku. Kata-kata yang sering diungkapkannya: "cikgu dah tak boleh tolong kamu di sini macam dulu-dulu, cara ni jelah yang cikgu dapat tolong"

"Darul nak bertunang bulan 11 ni. Zaleha pula dah dirisik", tambah Azrul. Aku menganggukkan kepala. Baguslah, Darul sudah bekerja selepas graduasi dari UTHM dan Zaleha pula menanti untuk bergelar guru selepas bergelar graduan dari UPSI. Itu khabar terakhir yang diceritakan Azrul sebelum kami berpisah, dan aku pula terlupa hendak bertanya: "kau bila pula?" kepada dia.

Setahun ke setahun, cepat betul masa berlalu. Dulu, kami bocah kecil, sekarang sudah menjadi manusia dewasa. Dulu menjadi anak orang, kini bersedia menjadi ibu dan ayah orang. Persoalannya, aku bila lagi, haha...

P/s: Petang ini, aku pula mahu ziarah ke rumah Cikgu Aminah di Kampung Kolam, Tanjung Rambutan.

Ceritera 193

Melihatkan buku-buku yang diletakkan di atas meja kecil itu, dadaku berasa sesak. Daripada Islam at the Crossroads (Muhammad Asad), The Reconstruction of Religious Thought in Islam (Allama Dr. Muhammad Iqbal), Pemikiran Al-Kindi: Pengaruh Terhadap Intelektual Muslim di Malaysia dan Indonesia (Shahibuddin Laming), Pesan-Pesan Terbesar Al-Quran (Fazlur Rahman), Keberanian Menggapai Harapan (Barrack Obama) hinggalah kepada beberapa buku haraki seperti Melangkah Bersama ke Surga (Khozin Abu Faqih, LC), semuanya menuntut kepada kebertanggungjawaban diri.

Kebelakangan ini, sering aku menyoal diri, ke manakah pembacaan ini harus digerakkan? Adakah semuanya sekadar menjadi "mental exercise" yang membahagiakan, hanya kepada diriku sendiri? Persoalan-persoalan semacam itu datang menyerbu gencar dalam benak menyedari idea dan realiti yang sering 360 darjah berbeda.

Dan aku terus kabur! Lemas dan gagal untuk menjawab hatta kepada diri sendiri.

Friday, September 18, 2009

Ceritera 192

Akhirnya, perjuangannya terakam di alam maya.

Bukan untuk bermegah terhadap apa yang dilakukan, tetapi sekadar berkongsi pengalaman yang diraih untuk mereka yang sudi.

Dan aku tiba-tiba terhimbau dengan kata-kata Rendra:

"Perjuangan adalah perlaksanaan kata-kata."

Ayuh, daripada retorik ke arah pragmatik.

Mengumumkan kemunuculan blog yang kunanti-nanti:

http://norhasanin.wordpress.com/

Tuesday, September 15, 2009

Ceritera 191

Subject: SCIENTIFIC LESSONS IN MUSLIM FASTING – BY A LECTURER

Assalamualaikum brothers and sisters..

I have been yearning to share this with all of you for a long time; it’s something that I feel all muslims should know. With the Ramadhan month just around the corner, it is hoped that this year we will all be able to do our ibadah with the real sense of gratitude and appreciation for knowing the science of Ramadhan. Ramadhan is indeed a holy month, everything that comes with big rewards from ALLAH swt is the best for us, and Ramadhan is one of them. Along with this month, is the practice of fasting that we so routinely do and kno w that it is good for our health. Our teachers always mention that it’s time to rest out stomach after non-stop working. But do you actually know the science behind fasting that makes it a special and a wajib practice?

Non-muslim scientists have long ago discovered this, but not even one of them mentioned in their scholarly report that (even though they know) this has been the muslims’ practice since the years of the prophets. Due to this I feel that as a muslim, I must spread the knowledge to all fellow muslims, we shouldn’t be ignorant as what the non-muslims think we are.

The term that they use for this practice is ‘caloric restriction’ and ‘the science of prolongevity’. Why prolongevity? The simple reason is that fasting and reduction in calorie intake by 40 to 60% increases lifespan (actual figure not known but >10 years), in addition to decreasing neurodegenerative disorders (Alzheimer’s, Parkinson’s etc) and other lifestyle related disea ses. This is equivalent to the amount of calorie intake that is recommended in Ramadhan, provided that we strictly follow the Rasulullah SAW sunnah by not overindulging ourselves at iftar and night. It isnt only about reducing weight, but it goes further down to the cellular level.

Next, is the nitty gritty detail, which I will try to simplify. Our body naturally produce small amount of free radical oxygen called superoxide during cellular oxidative respiration, triggered by food intake, to supply energy. This is OK, as our bodies are also equipped with enzyme defense systems to neutralised the radicals. Problems will occur when we overeat. The more food we eat, the more respiration will occur and the higher the metabolic rate. Unless we are very fit athletes, who consume oxygen more efficiently, the cellular respiration will leak more superoxide and cause what is called ‘oxidative stress’. These radicals are very reactive and can damage cellular components inc luding the DNA. Prolonged oxidative stress may damage DNA which may progress to cancer. In addition, superoxide can also deteriorate cellular components causing cell degeneration and death. These are all the beginning of chronic diseases, which we may not feel a thing until we reach our 40’s or even 30’s.

ALLAH created superoxide not to damage us, REMEMBER bad and unworthy things only come from ourselves and not from ALLAH. Superoxide is also released by our antibodies to fight microorganisms invading our systems, hence in this case it is doing us a favour by protecting ourselves from infection. Subhanallah, everything created by ALLAH in this world is for a good reason, even though sometimes we only see the bad side of it.

Numerous scientific studies have shown that oxidative stress is the backbone of most chronic diseases, especially neurodegeneration (nyanyuk). Maintaing sanity will ensure we will always have our aqal, a priceless gift f rom ALLAH. The brain is one of the most susceptible organs to oxidative stress because it consumes a lot of oxygen for energy. Reducing calories and fasting, slows down metabolic rate, lowers radical production and oxidative stress. To add quality to our fasting routine we are also encouraged to iftar with fresh fruits and water. Why not iced milo or cool nesacafe and murtabak etc etc?? Fresh fruits provide loads of antioxidant phytochemicals and have lower calories, and dates are high in natural sugars which will immediately boost energy, and these combinations will ensure we stay active whilst the antioxidant neutralize superoxide. The water will ensure our body is able to regulate body temperature, and helps to excrete toxic metabolic byproducts. Now, isn’t that truly what we call detoxification process? All in all Ramadhan is the month when our bodies have the least metabolic insult, and thus less damages occur. No wonder Rasulullah only slept a few hours at night or har dly sleeps at all during Ramadhan (and any other months too) and always perform Qiamullaill. All of us (sorry to mention) sleep too much (including me!) because we damage our cells too much, and need the extra rest for our systems to be repaired…

If we comply with the Ramadhan fasting and Rasulullah’s sunnah of caloric restriction (stop eating before satiety) , then we should be able to enjoy healthy and good quality life, no matter what age we get to. To further reduce oxidative stress, it’s good to practice Rasulullah’s sunnah by intermittent fasting, this will further fine tune our bodies and set our metaboic rate to the optimum level.

It’s true that lower metabolic rate will increase the tendency for your body to store fat, but bear in mind that if you follow Rasulullah’s sunnah of caloric restriction and eating small portion at a time, insyaallah you will stay healthy for life, my father is a good example and my IDOL. He’s 75, very active a nd can still teach my 14-year-old daughter Malaya’s history, when I dont even remember a single date.

Last but not least, if exercise is included in the package, not only will our bodies have low oxidative stress, it will also boost our natural antioxidant defense, ready to face any challenges (many others) which may lead to oxidative stress. and as I mentioned above, we will consume oxygen better if we are fit.

No wonder Ramadhan is the third obligation of Islam. Now, don’t you think that ISLAM is beautiful? Isn’t it truly our fitrah? Of course, you will double the bonus when you follow other sunnahs and the Al-Quran. You get to stay healthy, and ALLAH promised the jannah for good islam practice. Cool….

Many who know me will think it’s easy for me to say as I am naturally not a big eater. But the challenges are still there, fasting (especially outside Ramadhan) is not an easy task. I myself am still struggling, shame on me. Stayin g active is the hardest part, but it’s a MUST, as it trains your body to use the body’s energy store.

I am writing this not only to motivate you, my dear friends, I am also motivating myself. Let us all be good muslims and stop thinking about the enticing food offered out there. Think ISLAM, think healthy.

Wallahuallam.

PS. Pls forward to all muslims.



Juliana Md Jaffri

Lecturer

Dept of Pharmaceutical Technology

Kulliyyah of Pharmacy

International Islamic University Malaysia

Bandar Indera Mahkota

25200 Kuantan

Pahang

Taken from here

Sunday, September 13, 2009

Ceritera 190

Aku dan sesuatu; petang terakhir di Kuantan, Ramadhan 1430H























































Saturday, September 12, 2009

Ceritera 189

Iftar 21 Ramadhan 1430H merupakan iftar paling bermakna dan meninggalkan kesan kepada diriku sepanjang Ramadhan kali ini.

Ramadhan, jika kita selidiki hikmahnya, adalah untuk mengajak kita berkongsi dan kesusahan dengan mereka yang hari-harinya dilalui tanpa kepastian apakah yang akan dimakannya. Jika ada, alhamdulillah, jika tiada, maka berlaparlah itu pilihannya.

Alhamdulillah, syukur kepada ALLAH, dengan peluang yang dibuka oleh naqib dan mentor yang kukasihi, Abang Hasanin, aku dan rakan-rakan usrahku yang lain berpeluang berbuka puasa di rumah warga paling tua di Kampung Tanjung Lumpur.

Tanjung Lumpur, bagi aku dan rakan-rakan yang belajar di UIAM Kuantan merupakan 'port' kami menikmati makanan-makanan laut yang cukup menyelerakan. Santai dan Ana Ikan bakar merupakan antara tempat yang paling popular di Tanjung Lumpur untuk kami menghabiskan wang biasiswa yang dikurniakan JPA.

Mungkin selepas ini, selera tinggi kami di tempat-tempat tersebut berkurang apabila mengenangkan betapa beberapa meter di depan deretan kedai-kedai yang menyajikan makanan laut terbaik di Kuantan, adanya penghuni rumah-rumah yang menjadikan kelaparan sebagai rutin harian.

Dan inilah juga antara kawasan penerima zakat terbesar di daerah Kuantan.

"Sesiapa yang menyediakan makanan berbuka kepada orang yang berbuka puasa, maka baginya pahala seperti pahala orang yang berpuasa tersebut dan tidak dikurangkan pahala orang yang berpuasa tersebut (yang diperolehinya) sedikitpun."

Hadis Riwayat Tirmizi


Aku terlajak sampai ke Peramu. Lupa jalan ke Tanjung Lumpur. Nasib baik tidak sampai ke Johor Bharu.



Laut di hadapan deretan kedai-kedai makanan laut.



Aktivis politik, aktivis gerakan Islam dan aktivis pelajar sedang berbuka puasa.



Abang Hasanin(berbaju jingga) menyenduk nasi yang dimasaknya. Bak kata Abang Iskandar daripada Islamic Relief Malaysia (IRM), Abang Sanin, chef hebat dari Liverpool.



Moga kau membesar menjadi pembela marhaen wahai adikku. Demi Kebenaran dan Keadilan!



Watak-watak utama untuk 'perubahan' di kawasan Tanjung Lumpur.



Abang Saleh dan bekal makanan yang dibawanya.



Santapan berbuka kami.



Antara wajah generasi ketiga (atau keempat?) ABIM.



Pak Chan dan tuan rumah. Usia nenek ini menjangkau sudah 80 tahun.



52 tahun merdeka dan memerintah...



Pejal mengambil wudhu' di perigi. Air paip, jangan harap...



Abang Safwan menunggu gilirannya mengambil wudhu'



Abang Safwan dan Pak Chan berbual-bual sambil menunggu Pejal selesai urusan di perigi.



"Wah, dalamnya!"



Pak Chan sedang melakukan 'clerking'. Alhamdulillah, datuk ini tiada penyakit kronik. :)



Abu (Naib Presiden Antarabangsa PKPIM yang baru) dan nenek. Mahu tidak mahu kita kena buat apa yang Anwar buat dulu. Kembali ke 'grassroot'. Mengakar dan merimbun.



Mereka, marhaen dan mustad'afhin yang perlu kita bantu.