Iftar 21 Ramadhan 1430H merupakan iftar paling bermakna dan meninggalkan kesan kepada diriku sepanjang Ramadhan kali ini.
Ramadhan, jika kita selidiki hikmahnya, adalah untuk mengajak kita berkongsi dan kesusahan dengan mereka yang hari-harinya dilalui tanpa kepastian apakah yang akan dimakannya. Jika ada, alhamdulillah, jika tiada, maka berlaparlah itu pilihannya.
Alhamdulillah, syukur kepada ALLAH, dengan peluang yang dibuka oleh naqib dan mentor yang kukasihi, Abang Hasanin, aku dan rakan-rakan usrahku yang lain berpeluang berbuka puasa di rumah warga paling tua di Kampung Tanjung Lumpur.
Tanjung Lumpur, bagi aku dan rakan-rakan yang belajar di UIAM Kuantan merupakan 'port' kami menikmati makanan-makanan laut yang cukup menyelerakan. Santai dan Ana Ikan bakar merupakan antara tempat yang paling popular di Tanjung Lumpur untuk kami menghabiskan wang biasiswa yang dikurniakan JPA.
Mungkin selepas ini, selera tinggi kami di tempat-tempat tersebut berkurang apabila mengenangkan betapa beberapa meter di depan deretan kedai-kedai yang menyajikan makanan laut terbaik di Kuantan, adanya penghuni rumah-rumah yang menjadikan kelaparan sebagai rutin harian.
Dan inilah juga antara kawasan penerima zakat terbesar di daerah Kuantan.
"Sesiapa yang menyediakan makanan berbuka kepada orang yang berbuka puasa, maka baginya pahala seperti pahala orang yang berpuasa tersebut dan tidak dikurangkan pahala orang yang berpuasa tersebut (yang diperolehinya) sedikitpun."
Hadis Riwayat Tirmizi
Aku terlajak sampai ke Peramu. Lupa jalan ke Tanjung Lumpur. Nasib baik tidak sampai ke Johor Bharu.
Laut di hadapan deretan kedai-kedai makanan laut.
Aktivis politik, aktivis gerakan Islam dan aktivis pelajar sedang berbuka puasa.
Abang Hasanin(berbaju jingga) menyenduk nasi yang dimasaknya. Bak kata Abang Iskandar daripada Islamic Relief Malaysia (IRM), Abang Sanin, chef hebat dari Liverpool.
Moga kau membesar menjadi pembela marhaen wahai adikku. Demi Kebenaran dan Keadilan!
Watak-watak utama untuk 'perubahan' di kawasan Tanjung Lumpur.
Abang Saleh dan bekal makanan yang dibawanya.
Santapan berbuka kami.
Antara wajah generasi ketiga (atau keempat?) ABIM.
Pak Chan dan tuan rumah. Usia nenek ini menjangkau sudah 80 tahun.
52 tahun merdeka dan memerintah...
Pejal mengambil wudhu' di perigi. Air paip, jangan harap...
Abang Safwan menunggu gilirannya mengambil wudhu'
Abang Safwan dan Pak Chan berbual-bual sambil menunggu Pejal selesai urusan di perigi.
"Wah, dalamnya!"
Pak Chan sedang melakukan 'clerking'. Alhamdulillah, datuk ini tiada penyakit kronik. :)
Abu (Naib Presiden Antarabangsa PKPIM yang baru) dan nenek. Mahu tidak mahu kita kena buat apa yang Anwar buat dulu. Kembali ke 'grassroot'. Mengakar dan merimbun.
Mereka, marhaen dan mustad'afhin yang perlu kita bantu.
No comments:
Post a Comment