v

Tuesday, September 1, 2009

Ceritera 174



Jika kita benar-benar ikhlas untuk mengetahui dan berlaku adil terhadap sejarah tanpa menafikan kebaikan dan kelemahan yang ada, bacalah...Jika kita benar-benar jujur untuk mencari dan menemukan kebenaran...


Pelbagai aspek mengenai gerakan Islam dibincangkan dewasa ini. Persoalannya apakah gerakan Islam yang ada mampu menangani tentangan modeniti dan realiti hari ini yang memerlukan suatu anjakan dari hanya pengulangan paradigma retorik perjuangan kepada suatu perubahan yang dapat dijadikan sebagai model Islam semasa.

Tindakan yang sesuai perlu diambil untuk melihat kebangkitan Islam agar mampu bersaing untuk sama-mana mendominasi era globalisasi hari ini.

Buku ini menyingkap pelbagai aspek dalam gerakan Islam termasuk yang telah lalu dan yang dialami kini. Antara topik dibincangkan mengenai perjuangan gerakan Islam dalam kemerdekaan, politik, ekonomi, pendidikan dan kesenian, selain menyentuh tentang pengaruh gerakan Timur Tengah di Malaysia dan isu-isu semasa umat Islam di Malaysia.


Sumber: Dataniaga.com



"Sejarah dan perjuangan PKPIM sepanjang 5 dasawarsa dalam persada dakwah dan generasi muda. Sumbangan PKPIM sebagai pertubuhan pelajar Islam peringkat kebangsaan yang telah mewarnai perubahan masyarakat Islam di Malaysi, sebagai rakan pembina negara dan suara advokasi anak muda yang vokal. Prinsip wasotiyah, non-partisan dan berbudaya ilmu sebagai teras kekuatan PKPIM."


Naskhah ini boleh didapati dengan harga RM22.90. Kepada yang berminat untuk memiliki, boleh hubungi Saudari Lina Mursyidah di talian: 013-6282505.

No comments: