Saturday, September 26, 2009
Ceritera 195
Aku melintasi perenggan pendahuluan Is Religion Possible? karangan Allama Iqbal yang terangkum dalam siri syarahannya yang terkenal dan dibukukan di bawah tajuk The Reconstruction of Religious Thought in Islam. Ada tujuh kesemuanya siri syarahan tersebut, disampaikannya pada tahun 1928 di universiti-universiti Madras, Hyderabad dan Mysore.
Tujuh syarahan itu ialah:
1. Knowledge and Religious Experience
2. The Philosophical Test of the Revelations of Religious Experience
3. The Conception of God and the Meaning of Prayer
4. The Human Ego - His Freedom and Immortality
5. The Spirit of Muslim Culture
6. The Principle of Movement in the Structure of Islam
7. Is Religion Possible?
Secara jujurnya, memang jenuh untuk aku memahami isi kandungan buku ini. Jika pun ada bab yang mudah, bab limalah yang paling senang untuk ditanggapi.
Berbalik kepada perenggan pendahuluan Bab 7, Iqbal menulis kehidupan beragama (religious life) itu terbahagi kepada tiga period:
1. Kepercayaan (Faith)
2. Pemikiran (Thought)
3. Penerokaan (Discovery)
Iqbal menerangkan, dalam fasa 'kepercayaan', kehidupan beragama tampil dalam bentuk disiplin yang mesti diikuti tanpa perlu difahami.
Kepatuhan sempurna di dalam fasa pertama menggerakkan ke arah fasa kedua atau 'pemikiran'. Dalam fasa ini, kefahaman terhadap setiap arahan dan peraturan agama mula menjelma. Ketika ini juga, ilmu metafizik juga turut mula tumbuh dalam diri seseorang - menerima kehadiran Tuhan dalam kehidupan.
Metafizik akan digantikan dengan psikologi dalam fasa ketiga iaitu 'penerokaan'. Kehidupan beragama juga mencambahkan keinginan seseorang untuk berdamping dengan Tuhan dalam fasa ini. Dalam menerangkan proses yang berlaku dalam fasa ini, Iqbal ada menukilkan kata-kata seorang Sufi yang juga didakwa sebagai bapanya:
"no understanding of the Holy Book is possible until it is actually revealed to the believer just as it was released to the Prophet."
Soalan muhasabah untuk diri; di fasa manakah aku berada dalam religous life ini?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment