v

Friday, September 4, 2009

Ceritera 180



Surah An-Nur ayat 31:
"Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada ALLAH, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya"


Syarat-syarat taubat:

1. Menyesal dengan hati terhadap dosa-dosa yang telah dibuat

2. Meninggalkan terus dosa tersebut. Bukannya taubat apabila terus-menerus melaksanakan dosa itu.

3. Menanam keazaman untuk tidak melakukan kembali dosa-dosa tersebut dalam kehidupannya.

Ini adalah syarat-syarat wajib taubat antara hamba dengan Tuhannya.

Melibatkan dosa-dosa antara manusia dengan manusia lain, harus ditambah syarat keempat, iaitu mengembalikan kezaliman yang dilakukan kepada tuannya.(memohon maaf?)

Diambil dan diubahsuai daripada kitab Inilah Jalanku, tulisan Al Muhaddith Prof. Dr. Sayyid Muhammad ibn 'Alawi al Maliki al Hasani, diterjemahkan oleh Lujnah Pendidika Yayasan Sofa Negeri Sembilan.

No comments: