Thursday, October 1, 2009
Ceritera 201
Satu-satunya manusia yang pernah meminjam buku ini daripada aku ialah Izani. Waktu itu, aku masih belum tahu beliau hendak berkahwin dengan Nadiah.
Kira-kira tidak lama selepas itu, Izani dengan 'gentleman' pun mengumumkan majlis perkahwinannya bersama Nadiah di Kelantan. Maka, berbondong-bondonglah kami, teman sekelas mereka, berkonvoi dari serata tanah air ke Tanah Serendah Sekebun Bunga untuk sama-sama berkongsi keceriaan dan kegembiraan pada majlis mereka berdua.
Kesimpulannya, eloklah untuk mereka yang hendak berkahwin atau punyai niat untuk 'mendirikan masjid', mencontohi Izani dengan membaca buku-buku seperti ini. Jika dikurniakan ALLAH rezeki anak pula, Tarbiyyatul Aulad karangan Dr. Abdullah Nasih Ulwan, bolehlah ditelaah sebagai persediaan mendidik anak-anak.
P/s: Nizam pun pernah meminta meminjam buku ini, sudah sampai serukah?, haha.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment