v

Sunday, October 11, 2009

Ceritera 219



Dalam sesi usrah yang dihadiri, naqibku ada memperkenalkan istilah Servant Leadership ketika isi perbincangan kami berkisar tentang kepimpinan dan gerak kerja sosial.

Istilah yang diperkenalkan oleh Robert Greenleaf itu datang dan bertunjangkan daripada ajaran Kristian yang boleh dijejaki dalam satu ayat di dalam Bible:

For even the Son of Mark did not come to be served, but to serve (Mark 10:43-45)


Ajaran Kristian yang menegaskan pemimpin adalah mereka yang berkhidmat, dan bukannya kelompok untuk dikhidmati, seperti yang berlaku sekarang ini juga wujud di dalam Islam, dikenal dan diistilahi sebagai Khadimul Ummah.

Di dalam buku God is My CEO, dengan menjadikan Jim Bergeseon, CEO Colle & McVoy dan Horst Schulze, CEO The Ritz Carlton Hotel Company, Lary Julian menghuraikan kepimpinan berpaksikan gaya Servant Leadership mampu untuk survive dalam saat-saat genting.

Servant Leadership lebih memberi penekanan dan penghargaan terhadap manusia berbanding keuntungan dan wang. Penghargaan terhadap manusia dijelmakan oleh Jim Bergeson dengan membiarkan kreativiti pekerjanya berkembang melalui memberi kebebasan kepada mereka untuk bertindak dan membuat keputusan dalam urusan kerja seharian. Bagi Jim Bergeson, beliau mahu membebaskan pekerjanya daripada perasaan takut melakukan kesilapan ketika membuat keputusan-keputusan penting membabitkan syarikat. Hasil daripada persekitaran yang wujud ini, Colle & McVoy mampu mengekalkan bakat-bakat dalam industri periklanan untuk terus berkhidmat dalam syarikat ini. Situasi ini dianggap ganjil, kerana selalunya dalam bidang ini, bakat-bakat ini akan selalu me'lompat' daripada satu syarikat ke syarikat yang lain.

Sementara itu, Horst Schulze pula menekankan aspek penghormatan terhadap orang lain sebagai satu dimensi dalam Servant Leadership. Dalam menguruskan organisasi beliau, semua orang, baik pengurus hatta tukang cuci dianggap sama penting. Tidak kira apa pun jawatan dan posisi setiap orang dalam syarikat yang diterajuinya, bagi beliau semua orang harus dilayan seperti manusia.

Pada waktu Lary Julian dapat menghuraikan konsep Servant Leadership yang diinspirasikan daripada ajaran Kristian, kita masih menanti muslim untuk menyebarlauskan konsep Khadimul Ummah dalam teori kepimpinan, tidak hanya terbatas dalam bidang politik sahaja seperti yang wujud ketika ini. Semoga penantian kita itu tidak memakan masa yang lama.

No comments: