Sunday, October 4, 2009
Ceritera 210
Program hujung mingguku bermula dengan kuliah subuh oleh pendakwah berketurunan Cina, Tuan Ann Wan Seng di Masjid Tengku Ampuan Afzan. Mauduk utama pembicaraannya ialah berkenaan dakwah dan Orang Cina. Di akhir kuliah subuhnya, beliau mempromosikan buku-buku tulisan beliau yang banyak itu. Aku yang sedang 'pokai' sekarang, hanya mampu menahan 'rasa' sahaja.
Selepas Zohor, aku pergi jenguk sebentar program Fasilitator Skuad Training Faciteam (FST). Sekadar memunculkan diri, tiada apa yang kubantu. Insya' ALLAH 27 hari bulan ini, tenureku dalam pengurusan Faciteam akan berakhir. Pengurusan Faciteam yang baru insya' ALLAH akan diisi oleh mereka yang komited dan hebat-hebat melihat kepada kesungguhan junior-junior baru yang ada sekarang ini.
Sambil menjenguk FST, sempat juga aku meluangkan masa menyaksikan Pertandingan Kuiz Farmasi UIAM pertama di Auditorium Kuliyyah Farmasi. Tahniah kepada semua yang terlibat; peserta dan ahli-ahli jawatankuasa program. Moga program ini akan established seperti pertandingan Debat yang dianjurkan UIAM Gombak setiap tahun.
Usai program di UIAM, bergegas pula ke Rumah Abang Sanin. Rumah terbuka ad-hoc, sempena kedatangan Abang (Dr.) Azmi dan Kak (Dr.) Ezmas dari Johor. Mereka adalah antara perintis dan penubuh Faciteam di UIAM Kuantan. Seronok melihat kecomelan Wafi dan Wadi, yang turut dibawa oleh Abang Azmi dan Kak Ezmas. Tambah-tambah, bila aku di'sayang' oleh Wafi.
Esok, insya' ALLAH, aku terpaksa ke bilik Ustaz Kamarulzaman, ada kelas tasmi' di sana, selesaikan urusan di pejabat kuliyyah dan berjumpa Abang Danial untuk membincangkan penubuhan Tabung Kemanusiaan Sumatera peringkat UIAM Kuantan. Tidak dilupakan, kelas dari pagi hingga ke petang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment