Thursday, October 8, 2009
Ceritera 215
Niat di hati mahu bergegas ke kelas usai saja sempurna solat zohor. Ada kerja tertangguh yang perlu dihantar dan disiapkan.
Turun sahaja dari ruang atas rumah, kulihat Zarif sedang terbongkang di ruang tamu. Tanpa mempedulikan dia, aku berlalu ke pintu untuk keluar dari rumah. Kupulas tombol pintu...Ah, sudah, pintu tidak boleh dibuka.
Satu persatu teman-teman serumah muncul di pintu yang tidak dapat dibuka itu, mencuba nasib dan kekuatan masing-masing. Namun, seorang demi seorang tewas tidak berdaya. Pelik betul, kami terkurung dari dalam rumah.
Apa yang boleh dilakukan, ialah menanti rakan-rakan dari rumah sebelah. Mula-mula Amsyar yang muncul. Kemudian Helmi Yob, Afiq dan Abu. Namun, yang paling dinanti ialah ketibaan Ketua Pomen , Encik Fadhlan.
Ganjaran kepakaran Fadhlan,akhirnya, kami terlepas dari 'tahanan dalam rumah' selepas dia dan mereka yang turut hadir memecahkan pintu tersebut. Maka, berbondong-bondonglah kami ke kelas Dr. Farah...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment