v

Tuesday, October 27, 2009

Ceritera 244


Ada dua orang Izham atau Ezham ketika aku belajar di Izzuddin dulu. Salah seorangnya ialah aku dan seorang lagi Izham Halim. Izham Halim atau Abang E memang rajin. Hampir setiap masa, kita akan dapat melihat dirinya berdamping dengan buku pelajaran. Duduk di tempatnya, membaca buku pelajaran, kadang-kadang sampai tersengguk-sengguk.

Kerajinannya meletakkan dia sebagai dominasi dan kuasa baru seiring dengan Afif menggantikan big names seperti Solah, Hadi, Abu Zar dan beberapa orang lagi yang meninggalkan Izzuddin untuk memasuki sekolah-sekolah berasrama penuh seperti KISAS dan SMAP Labu.

Usaha dan istiqamahnya membuahkan hasil apabila dia menjadi pelajar SPM kedua terbaik sekolahku itu selepas Afif. Man jadda wajada, man zaro'a hasola. Itu pepatah Arab yang mungkin dipegangnya.

Beberapa tahun tidak ketemu, akhirnya aku dikejutkan dengan berita dia menghidapi kanser apabila menjengah blog batchku di Izzuddin dulu. Tiada apa yang dapat kulakukan, hanya doa yang mampu kutitip agar dia terus tabah menghadapi dugaan.

P/s: Apalah aku yang mengarut waktu OSCE tadi terutamanya bila memberi kaunseling di stesen CDR, haish...

No comments: