Saturday, October 17, 2009
Ceritera 228
Hari ini, aktivitiku dimulakan dengan pergi ke Majlis sambutan Idulfitri Jamaah Islah Malaysia (JIM) Negeri Pahang di Taman Pertanian. Sambil menikmati hidangan yang disediakan, mauduk perbualan antara Abang Mahadi (SU ABIM Pahang) dan Encik Azam (SU JIM Pahang) berkisar tentang Seminar Sebat yang akan diadakan di Dewan JAIP pada hari Ahad depan. Seminar Sebat ini diadakan bersama oleh NGO-NGO Islam untuk merespons tindakan segelintir pihak dan organisasi dalam masyarakat yang menimbulkan keraguan dan penentangan terhadap isu Kartika yang dihukum sebat oleh Mahkamah Syariah Kuantan atas kesalahan meminum arak di Cherating.
Kemudian, kami singgah sebentar di I-Quest yang diadakan di UIA Kuantan. Hari ini tidak banyak pengunjung luar yang datang, mungkin bertembung dengan cuti Deevapali. Kasihan melihat mereka yang berniaga di gerai-gerai hujung berhampiran dengan Kuliyyah Farmasi, tidak ramai yang berkunjung ke sana. Aku juga sedikit kecewa kerana tiada buku-buku menarik yang kudapati daripada pameran buku yang berlangsung. Jika tahun lepas, dapat juga kubawa balik novel-novel Isa Kamari sebagai kenangan I-Quest, tahun ini, aku masih mencari lagi benda atau barangan yang sesuai dengan minat dan keinginanku.
Malam ini, insya' ALLAH akan diadakan forum bertajuk Transformasi Malaysia yang akan memperlihatkan wakil-wakil dari Gamis (3 daripada Gamis, walaupun hadir atas kapasiti dan organisasi yang berbeda) dan PKPIM. Aku akan hadir menggantikan Ilman yang balik Seremban dan Miya yang segan untuk duduk bersama VIP-VIP yang lain atas tiket Faciteam. Harap-harapnya, forum ini ada idea-idea segar yang timbul dan dapat lari daripada klise yang sudah acapkali kudengar sebelum ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment