v

Thursday, October 15, 2009

Ceritera 222

Dadaku sesak.

Bimbang dengan tidak kepastian ini.

Aku cuba berkata kepada diri, "ah, tak akan ada apa-apa yang buruk akan berlaku. Semuanya akan berlalu dengan baik."

Aku cuba percaya, harapan masih ada.

Aku cuba menipu, aku masih mampu.

Aku cuba, aku cuba, cuba untuk terus istiqamah, walaupun ada segunung kerisauan yang kugalas.

Aku cuba tersenyum tika dugaan datang bertamu, namun, itulah aku, manusia gagal. Gagal untuk menempuh dugaan, dan gagal untuk menguruskan dugaan.

Maka ruh Chairil datang mendampingi, membisikkan ke dalam telingaku, "aku mahu hidup seribu tahun lagi".

Ya, aku mahu hidup seribu tahun lagi. Mahu!

No comments: