Hari ini, sebaik sahaja menghabiskan sepinggan nasi (minyak?) di rumah Dr. Wan Azizi, aku bergegas pulang ke rumah di Indera Mahkota 6. Usai bersiap-siap, aku terus ke Mahallah IM 2 menanti Abang Sanin mengambilku dan tiga orang lagi ke Hotel Citiview.
Aku, Ukasyah, Arif, Siti dan Imtinan bersama-sama dengan sebilangan wakil daripada pelbagai pertubuhan dan persatuan seperti HALUAN, GPMS, Buddhist Society, Hindu Sangam, PAS, PKR dan ABIM menyertai sebuah survey anjuran Merdeka Centre bertajuk Islam dan Demokrasi di Malaysia.
Peserta-peserta yang hadir dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Dalam kumpulan kecil itu, dengan dikendalikan oleh seorang moderetor, setiap ahli kumpulan akan membincangkan 4 tajuk kecil iaitu:
1. Urus tadbir yang baik (Good Governance)
2. Hak-hak kelompok minoriti (Minority Rights)
3. Hak-hak wanita (Women's Rights)
4. Toleransi agama (Religious Tolerance)
Aku sendiri berada di dalam kumpulan 2. Selain aku, ada juga wakil dari PAS, HALUAN, DIC, GPMS, Buddhist Society, Hindu Sangam, Nadwah, seorang penulis bebas (menulis di MStar dan Malaysian Insider dan Siasah) dan seorang penghulu pencen. Moderetor bagi kumpulan aku ialah Noor Amin Ahmad, seorang yang sering aku ikuti perkembangan dia di blog, laman web dan akaun Facebooknya. Beliau juga merupakan belajar di tempat yang sama dengan sepupuku, dari sekolah rendah sehinggalah ke universiti.
Sepanjang program tersebut, aku lebih banyak tenggelam dan kurang berbicara. Bukan aku sahaja yang tidak banyak bicara tetapi peserta daripada kalangan kaum wanita pun turut mengalami keadaan yang sama akibat gara-gara partisipasi hiperaktif datuk penghulu. Kesempatan berbicara dan menyampaikan pandangan hanya datang bila peluang itu diberikan oleh moderetor.
Walaupun gagal untuk berpartisipasi dengan aktif dalam perbincangan ini, aku berpuas hati kerana mendapat pendedahan ini. Terima kasih kepada Abang Sanin kerana membuka jalan menyertai program ini. Ada rezeki, mungkin aku boleh menyertai program latihan TERAS atau Persatuan Ulama' Malaysia yang akan turut dihadiri sama ada Cikgu Azmi atau Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin yang akan dijalankan di Kuantan seperti mana diberitahu oleh Abang Sanin dalam perjalanan pulang.
P/s:
1. Abang Sanin merupakan adik kepada Dr. Kausar.
2. Gambar-gambar di bawah adalah aktiviti malamku dan kawan-kawan sekelas selepas tamat program Merdeka Centre.
3. 3 tahun Salwani buat rumah terbuka, sekali pun aku tidak pernah datang. Niat itu ada, tetapi seringkali bertembung dengan program lain. Inilah yang dinamakan tiada rezeki...
Berada di surau KOP
Bersusah payah menangkap gambar Mat Rempit ini
Akhirnya, gambar kamu masuk blog Pak Cik!
No comments:
Post a Comment