Thursday, October 22, 2009
Ceritera 234
Khamis, 22 Oktober. Di tengah kegelapan dan kedinginan malam, mataku masih segar. Cadangnya, tidak akan tidur, menanti sehingga ke jam 5 pagi.
Sebelum pukul 5 pagi, aku harus bersiap dan menanti di dalam kampus kerana siangnya aku dan rakan-rakan sekuliah akan ke Bangi, melawat sebuah kilang(?) berhampiran dengan UKM. Selepas itu, kami akan ke UIA Gombak dan malamnya akan bergerak ke Pulau Pinang melawat Pusat Racun Negara.
Malam ini, aku membelek-belek beberapa buah buku, daripada World is Flat, Muhammad tulisan Martin Lings, Pergolakan Pemikiran Islam sehinggalah kepada A New Earth karangan Eckhart Tolle. Hendak membaca nota pelajaran, keinginan itu tiada walaupun peperiksaan tidak lama lagi.
Rasanya malam ini, aku akan baca novel Faisal Tehrani bertajuk Rahsia Ummi, bacaan yang kuhabiskan sewaktu peperiksaan pertengahan semester sebagai terapi tekanan yang datang ketika itu.
Sambil-sambil membaca untuk mengisi waktu, aku juga menunggu pakaianku yang masih belum kering-kering lagi!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment